Tuesday 3 January 2017

Uri di bawah

Alamak, uri saya dibawah!!!!
Apa yang bahaya kalau dr bgtau uri saya di bawah?
Uri atau dalam bahasa inggeris Placenta. Uri dibahagian bawah rahim atau medical terms adalah Placenta Previa.
Tahukan uri ni apa? Apa fungsi uri ni? Apa jadi kalau dia ada kat bahagian bawah rahim?
Uri ni adalah sistem salur darah yang sangat kompleks, berfungsi menyambungkan salur darah dari ibu kepada bayi melalui tali pusat.
Darah ibu - Placenta - Tali Pusat - Salur darah bayi.
Jadi apa kesan jika placenta ni berada di bahagian bawah rahim?
1. Risiko berlaku pendarahan
Kita dah tahu uri ni ada sangat banyak salur darah. Jika terusik sedikit risiko untuk berlaku pendarahan adalah tinggi. Dan jika berlaku pendarahan, peluang untuk pendarahan itu berhenti secara sendiri adalah sangat tipis. Makna kata lain, pendarahan itu akan terus berlaku sehingga boleh membahayakan nyawa ibu dan bayi kerana kehilangan darah yang terlalu banyak.
2. Sekiranya tidak berlaku pendarahan sehingga hujung kandungan, uri ini juga boleh memberi kesan kepada cara ibu untuk melahirkan bayi. Mungkin perlu dilakukan pembedahan ceaserean section. Ini kerana jika uri berada di bahagian bawah dan menutupi laluan peranakan sehingga menyebabkan kepala bayi tidak boleh melepasi laluan tersebut. Ini boleh berlaku pada Placenta Previa type 3 dan Placenta Previa type 4 seperti di dalam gambarajah. Untuk type 1 dan type 2 masih boleh diberi peluang untuk bersalin normal jika tiada faktor halangan lain.
Jadi bagaimana nak kesan kedudukan uri ni?
Ultrasound scan perlu dilakukan pada 28 minggu dan ke atas. Sekiranya scan pada peringkat awal dilakukan dan didapati uri di bahagian bawah, masih ada peluang untuk uri itu naik keatas semasa perkembangan rahim. Namun jika selepas 28 minggu, kedudukan itu akan kekal. Itulah antara sebab kenapa scan pada 28 minggu adalah sangat penting dilakukan.
Ada apa-apa petua nak elakkan uri di bahagian bawah?
Setakat ini tiada.
Jadi pemeriksaan awal adalah sangat penting.
Semoga bermanfaat.

Call/whatsapp 03-42663686/011-52300300

No automatic alt text available.

No comments:

Post a Comment