Thursday 12 January 2017

Sakit Buah Pinggang.



Sakit buah pinggang sebenarnya tidak sakit pun. Tau-tau je dah end stage kena buat dialysis. Tak de sakit belakang, sihat bertenaga seperti biasa, tak de masalah kencing atau tanda-tanda lain pada peringkat awal. Cuma bila dan kegagaln fungsi buah pinggang berlaku secara sepenuhnya, barula akan ada bengkak kaki, muka, paru-paru lemas, perut kembung, anemia dan senang kena jangkitan kuman. Bila semua ni dah berlaku, ianya sudah terlambat. Kerosakan sudah tidak boleh diperbaiki. hanya dialysis secara berkala yang mampu menyelamatkan mereka.

Jadi kena ambil tahu, jangan ambil mudah dan jangan terlalu percayakan testimoni2 rawatan alternatif yang ada di pasaran yang menyatakan mampu merawat buah pinggang yang rosak.

Dah terlalu ramai pesakit yang dinasihatkan supaya menjaga kencing manis dan darah tinggi agar buah pinggang sihat tidak mahu mendengar nasihat doktor. Sebaliknya percayakan kata-kata penjual ubat/rawatan alternatif.

Macam yang saya katakan, kerosakan buah pinggang tahap 1,2,3,4 tidak akan memberi sebarang symptoms dan tanda melainkan ujian darah dan kencing dilakukan. Dan kebiasaanya kerosakan pada tahap ini masih boleh diselamatkan dengan mengawal punca berlakunya kerosakan buah pinggang.

Tolong la ikut cakap doktor, makan la ubat dan jangan ambil sebarang supplement lagi juga disahkan mengalami kerosakan buah pinggang. Ikut follow up dengan pakar buah pinggang. jangan dengar testimoni-testimoni penjual ubat/supplement/rawatan alternatif. Mereka adalah PENJUAL. Tujuan untuk melariskan jualan mereka, bukan untuk merawat sakit buah pinggang anda.

Tidak ada satu pun guideline rawatan sakit buah pinggang yang disahkan oleh pakar-pakar sakit buah pinggang(nehprologist) yang mencadangkan pengambilan rawatan/ubat supplement/komplimentary.

Ini sangat-sangat perlu ditekankan kerana meningkatnya pesakit yang perlu bergantung kepada dialysis akibat kerosakan buah pinggang sepenuhnya. Ini mengganggu kerja harian, tidak boleh bekerja seperti sebelum ini, senang mendapat penyakit/jangkitan kuman dan pelbagai lagi komplikasi dari kegagalan fungsi buah pinggang.

Semoga kita sentiasa beringat dan memberi peringatan kepada mereka yang berisiko.

Semoga bermanfaat.

Image result for hemodialysis

No comments:

Post a Comment