Wednesday 11 January 2017

Allergi/Alahan semasa mengandung. Ada ke ubat yang boleh makan?



Ramai ibu-ibu yang semasa mengandung, macam-macam pulak la alahan yang kena. Alahan muntah-muntah tu memang biasa, yang jadi gatal-gatal naik merah satu badan pun ada. Tak pernah pun jadi sebelum pregnant ni. Nak buat macam mana ya?

Ada ubat alahan yang boleh makan, ada juga yang tak sesuai untuk ibu mengandung.

Biasanya jika alahan tidak teruk, ubat makan antihistamine seperti piriton, cetrizine dan loratadine diklasifikasikan sebagai selamat untuk diambil oleh ibu mengandung. Ubat-ubat ini akan mengurangkan rasa gatal dan tindakbalas alahan tersebut.
Ubat sapu seperti pelembap adalah ubat awal yang boleh digunakan jika masih mengalami gatal.

Sekiranya gatal-gatal masih berlaku, pemeriksaan perlu dilakukan. Keadaan lain seperti masalah hati (obstetric cholestasis) boleh berlaku semasa mengandung dan menyebabkan simptoms gatal yang teruk. Masalah ini memerlukan rawatan oleh doktor pakar dan rawatan yang spesifik.

Sekiranya tidak ada masalah lain, hanya disebabkan oleh alahan, maka penggunaan ubat yang mengandungi steroid boleh digunakan sekiranya ianya amat diperlukan. Ubat yang mengandungi steroid boleh diberikan secara oral, cream dan juga suntikan.

Penggunaan ubat prednisolone (steroid) pada trimester pertama meningkatkan risiko berlakunya cleft lip/palate pada bayi. Namun kajian menunjukkan penggunaan ubat tersebut pada trimester 2 dan 3 tidak menunjukan peningkatan risiko tersebut. Namun penggunaannya masih perlu dikawal dan digunakan jika manfaat melebihi risiko.

Jadi, dapatkan pemeriksaan doktor jika rawatan awal di rumah tidak dapat melegakan kegatalan yang berlaku kerana mungkin ia adalah masalah yang lain dari alahan.

Semoga bermanfaat.

Poliklinik Az-Zaara
Call/whatsapp 03-42663686/011-523003

00Image result for gatal semasa mengandung

1 comment:

  1. Salam. Sy mmg ada elergik(gatal) sblm pregnant.. Sy ada ambik ubat cetrizine stada.. Sy skrg disahkan hamil 5 minggu.. Dan skrg sy alami gatal2..blh kah symakan ubat tu skrg?

    ReplyDelete