Tuesday 3 January 2017

Berapa minggu dah saya pregnant?

Period saya tak regular doktor. Saya buat UPT nampak positive. Macam mana saya nak tahu berapa minggu dah saya mengandung ya?
Tarikh dijangka bersalin boleh ditentukan dengan 2 cara. Cara yang pertama melalui tarikh hari pertama datang haid yang terakhir. Tetapi nak guna kaedah ni kena ada beberapa syarat.
1. Period mesti regular
2. Tidak menyusu badan
3. Tidak menggunakan apa-apa kaedah merancang kehamilan
Jika syarat ini tidak dipenuhi, maka kaedah kiraan melalui tarikh terakhir haid adalah tidak tepat.
Kaedah ke-2 untuk menentukan tarikh dijangka bersalin adalah dengan kaedah ultrasound.
Ultrasound perlu dilakukan seawal mungkin kerana ketepatan tarikhdijangka bersalin pada peringkat awal adalah lebih tepat.
Sebelum 12 minggu, kiraan CRL (Crown Rump length) digunakan untuk menentukan berapa minggu kandungan dan tarikh dijangka bersalin.
Sebelum 12 minggu kandungan, ketepatan tarikh dijangka bersalin adalah lebih kurang 3-7 hari bergantung pada berapa minggu scan dibuat.
Berbanding jika scan dibuat pada 12-20 minggu, ketepatan tarikh adalah lebih kurang 10-20 hari dari tarikh dijangka bersalin dari scan
Pada 21-28 minggu adalah 14 hari ralat dari tarikh dijangka bersaalin dari scan.
Jadi lakukan scan awal kandungan untuk menentukan tarikh dijangka bersalin yang tepat.
Ultrasound Scan Poliklinik Az-Zaara

Call/whatsapp
03-42663686/011-52300300
No automatic alt text available.

No comments:

Post a Comment