Tuesday 3 January 2017

Ada ibu yang bertanya, boleh gerenti ke kalau buat 5D scan kat Poliklinik Az-Zaara akan dapat gambar muka yang cantik yang macam selalu post kat FB tu?
Nak gerenti 100% akan dapat tu tak boleh Puan. Sebab banyak faktor yang mempengaruhi hasil 5D scan. Antaranya :
1. Kedudukan baby, Muka mesti menghadap ke perut ibu. So bila letak probe ultrasound scan tu, terus boleh nampak muka.
2. Air ketuban kena ada, jangan kurang. Bila ada air ketuban di antara muka dan dinding rahim, baru boleh dapat gambar cantik. Tak boleh muka baby rapat sangat dengan dinding rahim. Gambar tak cantik nanti. Tak clear.
3. Pastu tak boleh ada apa-apa di antara muka dan dinding rahim tu. Jangan baby letak kaki, tangan atau tali pusat kat depan muka dia. Memang tak nampak muka, nampak tangan je nanti, huhu..
4. Kepakaran orang yang membuat scan tu. Yang ni kami boleh gerenti. 100% akan bagi yang terbaik untuk dapatkan gambar utk ibu-ibu. Insyaallah akan puashati.
5. Mesin scan berteknologi tinggi. Yang ni pun xde masalah. Mesin kami memang berteknologi tinggi dan antara yang terbaik di pasaran.
So, nak gerenti dapat gambar yang cantik tu susah ckit la. Sebab faktor-faktor di luar kawalan kami. Tapi kami boleh gerenti kami akan berikan komitmen 100% berusaha untuk dapatkan gambar/video yang paling cantik untuk Puan.
Jadi tips sebelum buat scan untuk dapatkan gambar 5D yang cantik,
1. Makan something yang sejuk dan manis, mcm ice cream. Gula akan buat baby aktif. So dia akan gerak-gerak, so insyaallah boleh capture muka dia masa gerak-gerak tu. Kalau asyik tidur tutup muka je, memang susah la nak dpt gambar.
2. Ibu kena cakap-cakap dengan baby dalam perut tu. Insyaallah dia akan faham dan beri kerjasama.
3. Minum banyak air, sejak seminggu sebelum. Nak make sure ibu sentiasa terhidrat, dan mengelakkan jadi kurang air ketuban. Klu air ketuban kurang, susah nak dpt gambar cantik.
4. Doa banyak-banyak sebelum datang scan. Insyaallah baby akan beri kerja sama. Mesti usaha dulu, baru doa ya.
Kami sentiasa berharap ibu-ibu akan dapat gambar terbaik semasa scan di Poliklinik Az-Zaara. Insyaallah

Call/whatsapp 03-42663686/011-52300300

No comments:

Post a Comment