Tuesday 3 January 2017

Kencing Kotor

Ala nape la kejap-kejap rasa nak terkencing ni. Kluar plak ckit je. Kang jap lagi nak kencing lagi. Perut ni plak asyik cramp je dari tadi. Belakang pun lenguh-lenguh sangat.
Em mesti ramai yang pernah rasa macam ni masa mengandung kan?
Actually memang kerap berlaku kencing kotor semasa mengandung, tak kira awal atau nak akhir mengandung.
Kenapa jadi kencing kotor ni? Bahaya ke kalau kencing kotor? Macam mana nak rawat?
Kurang minum air, kerap tahan kencing, batu karang, kencing manisadalah antara punca kenapa kencing kotor selalu terjadi. Dan wanita ni unik sebab salur kencingnya lebih pendek dari lelaki, jadi lebih senang untuk jadi jangkitan kuman (ascending infection) jangkitan dari permukaan kulit masuk ke salur kencing.
Bahaya ke kalau kencing kotor?
Kalau xmelarat tak bahaya. Kalau xde komplikasi pun xbahaya.
Biasanya kencing kotor tidak menjejaskan kandungan secara direct. Maknanya jangkitan tu jarang sangat merebak secara terus dari salur kencing kepada bayi dalam kandungan. Tetapi risiko lain seperti demam, muntah, dehydration dan sakit perut mungkin memberi kesan pada bayi dalam kandungan.
Selain itu, kencing kotor juga mungkin menyebabkan false labour, merangsang rahim untuk mengecut dan menyebabkan symptom sakit perut seperti nak bersalin. Jika tak dirawat segera kemungkinan bersalin awal dan bayi pra matang mungkin berlaku.
So bahaya la jugak kan?
Macam mana nak rawat?
Masa mengandung ni memang kena hati-hati dengan pengambilan ubat. Banyak antibiotik yang tak sesuai untuk ibu mengandung kerana kesan ubat pada bayi dalam kandungan. Jadi hanya beberapa antibiotik yang sesuai sahaja boleh digunakan untuk merawat kencing kotor.
Namun rawatan pertama mungkin tidak berjaya menghapuskan jangkitan secara penuh. Jika ini berlaku siasatan lanjut perlu dilakukan. Sample urine akan dihantar ke makmal untuk membiak kuman yang ada di dalam urine yang menyebabkan jangkitan, dan dari situ doktor boleh tahu antibiotik apa yang sesuai untuk merawat kencing kotor tersebut.
Kalau kerap sangat berlaku? Normal ke?
Jika terlalu kerap berlaku siasatan lanjut perlu dilakukan untuk mengetahui sama ada wujud batu karang, salur kencing yang tidak normal, pundi kencing yang tidak normal atau pun menghidap penyakit seperti kencing manis dan lain-lain.
Jadi jaga kesihatan, banyakkan minum air kosong, kurangkan air manis dan dapatkan rawatan segera jika ada symptoms seperti kencing kotor.


Call/whatsapp 03-42663686/011-52300300
Antenatal Follow Up Poliklinik Az-Zaara

No comments:

Post a Comment