Tuesday 3 January 2017

Persediaan sebelum mengandung

Persediaan sebelum mengandung.
Ramai ibu-ibu di Malaysia yang kurang peka akan kepentingan persediaan sebelum mengandung. Ramai yang 'termengandung' tanpa perancangan teliti sama ada mereka sudah bersedia untuk mengandung atau mengandung lagi.
Ini sedikit tips untuk memastikan ibu benar-benar bersedia untuk mengandung.
1. Persediaan mental
Pastikan suami dan isteri berbincang dan faham akan perubahan tanggungjawab apabila si isteri mengandung nanti. Perbincangan ini penting supaya salah seorang atau kedua-dua tidak terkejut dengan berita kehamilan nanti.
2. Pengorbanan
Untuk bersedia mengandung, ibu perlu melakukan beberapa pengorbanan untuk memastikan kandungan sihat dan berkembang dengan normal. Beberapa aktiviti seperti berpesta lewat malam, minum minuman keras dan merokok perlu dihentikan beberapa bulan sebelum mengandung.Ini penting untuk memastikan badan benar-benar bersih dari bahan yang berbahaya kepada kandungan.
3. Kesihatan ibu.
Mengandung merupakan satu proses yang amat mencabar tubuh badan ibu. jadi untuk benar-benar bersedia, ibu perlu memastikan kesihatannya di tahap yang optimum. Berjumpa dengan doktor anda jika anda mempunyai masalah kesihatan jika merancang untuk hamil. Masalah yang biasa dihadapi seperti asma, darah tinggi, kencing manis, obesiti, thyroid dan lain-lain sudah pasti akan memberi kesan kepada kandungan. Jadi dapatkan nasihat dari doktor terlebih dahulu sebelummengambil keputusan untuk mengandung.
4. Supplements dan vitamin.
Supplements dan vitamin perlu diambil bermula 2-3 bulan sebelum mengandung. Ini penting untuk memastkan kandngan bahan penting semasa kandungan sudah berada pada paras yang tinggi dalam badan ibu sebelum proses mengandung berlaku. Vitamin yang penting seperti asid folik dan zat besi adalah amat penting untuk kandungan. Jadi mulakan pengambilan nutrien penting ini.
5. Amalkan cara hidup yang sihat.
Pastikan tidur yang cukup.
Pastikan makan pada waktu dan makan makanan yang sihat dan seimbang.
Pastikan anda kekal cergas dengan kerap melakukan senaman.
Pastikan kesihatan emosi terjaga, kesihatan emosi sama penting dengan kesihatan fizikal sewaktu menagndung.
6. Jika sudah mempunyai anak kecil yang lain.
Persediaan anak kecil yang lain untuk menerima adik baru juga perlu diambil kira. Jika anak kecil itu sihat dan sudah agak besar, 2 tahun keatas yang mana penjagaan teliti tidak lagi perlu, maka sesuai untuk mengandung sekali lagi. Namun jika anak masih kecil atau mempunayi masalah yang memerlukan perhatian penuh seperti anak istimewa atau mereka mempunyai masalah kesihatan yang serius, maka perlu bertanya sekali lagi pada diri anda, adakah anda bersedia untuk mengandung lagi? Jika masih memerlukan masa untuk memberi perhatian kepada mereka, maka lebih baik tangguhkan dahulu. Namun jika anda pasti anda mampu menanggung tanggungjawab sebagai ibu kepada anak tersebut dan pada masa yang sama hamil, maka keputusan di tangan anda.
7. Persediaan dari segi kewangan.
Ini penting, pastikan perkiraan untuk melakukan antenatal checkup, membeli barangan yang berkaitan, dan kos bersalin. Sebelum bersalin lagi, pastikan anda sudah memilih beberapa tempat untuk melakukan antenatal follow up dan hospital untuk bersalin. Ini juga dapat mengurangkan stress akibat kekangan kewangan sewaktu kehamilan nanti. Kenali Doktor/klinik/hospital yang sesuai untuk antenatal follow up dan untuk bersalin nanti.
Jadi bersedialah dari awal. Seperti pepatah inggeris
"By failing to prepare, you are preparing to fail"
Semoga bermanfaat.

No comments:

Post a Comment