Tuesday 3 January 2017

IBU YANG ISTIMEWA


Pengalaman ibu-ibu semasa mengandung berbeza setiap orang. Ada yang senang, tiada masalah semasa mengandung, ada juga yang banyak komplikasi semasa mengandung, perlu makan macam-macam ubat, banyak kali kena scan, temujanji doktor dan kena cucuk ambil darah. Bila kena macam tu rasa serik dan rasa tak nak mengandung lagi. Ditambah lagi dengan berat badan naik, hilang bentuk badan yang menarik. Ini semua faktor biasa yang membuatkan ibu rasa dah tak nak mengandung lagi.
Tetapi selepas bersalin, semua kesusahan semasa mengandung seperti tak pernah berlaku. Kegembiraan yang amat luar biasa dirasakan sehingga kesusahan sewaktu mengandung tidak lagi terlekat di memori. Kegembiraan mendukung bayi yang baru lahir yang masih lagi berlumuran darah pasti tidak akan dilupakan oleh ibu-ibu walaupun sudah mempunyai ramai anak. Setiap detik itu pasti diingati sehingga akhir nyawa.
Namun apabila bayi membesar, pelbagai karenah mereka terpaksa dilayani. Perlu berjaga malam, tidak cukup tidur, penat, terpaksa membahagikan masa berehat selepas kerja dengan masa melayan karenah anak dan waktu makan anak-anak yang seperti 'berperang' untuk memastikan mereka makan makanan yang berkhasiat. Kemudian terpaksa menahan kesedihan melihat anak tersebut sewaktu mereka sakit demam. Ini semua sebahagian dari kesusahan yang dialami oleh ibu sewaktu melihat anak-anak mereka membesar.
Apa yang istimewa bagi ibu-ibu ini adalah, apabila anak-anak mereka semakin besar, mereka pula merindui waktu-waktu mengandung. walaupun sesetengahnya mengalami pengalaman pahit semasa mengandung. Keinginan untuk mengandung semula walaupun mengetahui semua kesusahan dan risiko ini yang menjadikan mereka insan yang sangat istimewa.
Namun, risiko ini perlu ditangani dengan baik. Sebaiknya berbincang dengan doktor sekiranya ibu-ibu ingin mengandung kerana kandungan yang dirangcang biasanya lebih rendah risikonya.
Jadi, rancang, bersedia dari segi fizikal dan mental dan dapatkan nasihat dari doktor anda sebelum mengandung.
Call/Whatsapp 0342663686/01152300300

No comments:

Post a Comment