Tuesday 3 January 2017

Anemia Semasa Mengandung

Macam mana nak naikkan Hb semasa mengandung?
Ramai yang complain Hb (Hemoglobin) tak naik-naik semasa mengandung. Nak makan ubat pun susah, rasa xsedap nak muntah, jadi sembelit.
Dah makan supplement-supplement lain pun sama jugak.
Kenapa ya?
Anemia atau kurang hemoglobin (Hb) semasa mengandung biasanya disebabkan oleh kurang zat besi di dalam badan. Jadi pengambilan zat besi yang secukupnya akan meningkatkan semula Hb di dalam badan ibu mengandung.
Kenapa masa mengandungjadi xcukup zat besi? Masa xmengandung elok je, xde masalaha pun?
Sebab masa mengandung, keperluan darah meningkat. Darah diperlukan oleh ibu kini terpaksa dikongsi dengan bayi dalam kandungan. Di sebabkan ini, badan akan menghasilkan lebih banyak sel-sel darah untuk menampung pertambahan keperluan darah tersebut. Antara komponen untama untuk membina sel darah adalah zat besi. Jadi zat besi sangat penting dalam membina sel-sel darah merah.
Tapi dah makan ubat zat besi mcm obimin, iron tablet dan iberet folic stil Hb tak naik-naik. Kenapa ya?
Selain kurang zat besi, ada beberapa lagi punca kenapa Hb rendah semasa mengandung.
Antara sebab lain
1. Thalasemia
2. Folate deficency
3. Vitamin B12 Deficieny
4. Sickle Cell Anemia
5. Pendarahan lain seperti ulcer usus dll.
Jadi banyak sebab mengapa Hb tak naik-naik semasa pregnant walaupun dah mkn byk ubat tambah darah.
Rawatan anemia adalah bergantung kepada punca mengapa anemiaberlaku. 
Jika anemia disebabkan oleh Thalasemia, pengambilan ubat tambah darah yang terlalu tinggi akan memudaratkan pesakit. Pastikan pemeriksaan menyeluruh dilakukan untuk memastikan mengapa anda mengalami anemia.
Ingat, ubat tambah darah bukan penyelesaian kepada semua jenis anemiasemasa mengandung!!


No comments:

Post a Comment