Tuesday 3 January 2017

Baby saya kena Eczema Dr, nak buat macam mana ni?

Baby saya kena Eczema Dr, nak buat macam mana ni?
Apa itu Eczema dan bagaimana nak merawat?
Eczema (Atopic Dermatitis) ialah keadaan yang mana kulit menjadi radang dengan simptoms ruam merah, gatal, kulit kering dan merekah. Tempat yang biasa terjadi pada bayi adalah pada pipi dan dagu, leher, pelipat siku dan lutut dan juga belakang telinga. Juga boleh berlaku pada badan.
Ianya adalah penyakit keturunan dan biasanya baby/ahli keluarga lain akan ada asthma atau allergy rhinitis, orang melayu panggil resdung.
Eczema boleh menjadi teruk dan menjadi kurang pada masa-masa tertentu. Ini boleh disebabkan oleh faktor-faktor seperti terdedah kepada bahan yang allergy ataupun kulit menjadi kering. Allergy boleh datang dari persekitaran seperti bahan kimia dalam asap rokok, dari makanan seperti telur atau protein-protein lain, dari pakaian bayi atau tempat tidur dan tempat permainan mereka.
Jadi bagaimana nak merawat eczema? Dah p jumpa specialist kt Private Hospital bayar beribu-ribu pun xbaik jugak.
Memang betul, sebab sehingga sekarang tiada ubat untuk merawat eczema. Dan tidak ada rawatan alternatif/tradisional yang benar-benar terbukti dapat merawat eczema. Eczema akan berkurang secara sendiri apabila baby meningkat usia remaja dan dewasa. Begitu juga dengan penyakit allergy-allergy lain seperti asthma.
So mcm mana nak buat? Rawatan hanya diberikan untuk merawat simptoms semasa eczema menjadi teruk. Selepas itu menjadi tanggungajawab ibu bapa/penjaga untuk memastikan eczema tidak menjadi teruk semula dengan mejaga persekitaran dan mengawasi pemakanan bayi tersebut.
Rawatan yang boleh diberikan adalah berbentuk cream dan ubat antihistamine untuk mengurangkan gatal.
Bagi eczema yang ringan, tidak perlu untuk memberikan cream steroid kepada bayi terutama kepada bayi kecil kurang dari setahun. Contoh cream tanpa steroid yang sesuai untuk eczema adalah seperti Ezzera Dan Tricera.
Boleh dapatkan Ezzera dan Tricera di Poliklinik Az-Zaara pada harga istimewa.
Call/Whatssapp 03-42663686/011-52300300

No comments:

Post a Comment