Tuesday 3 January 2017

Pagi tadi buat test UPT, result Positive.
Alhamdulillah, dah confirm mengandung.
So sekarang menjadi persoalan seterusnya, kat mana nak checkup mengandung?
Ni persoalan biasa para ibu yang baru hamil. Especially yang first time. Jadi ramai la duk google, duk tanya kawan-kawan yang ada pengalaman.
Yang berduit/or ada company coverage untuk maternity untungla. Bleh buat follow up di specialist hospital. Untuk yang tak berapa mampu macam saya ni, tapi malas nak menunggu di klinik kesihatan, kena la ke klinik swasta. Tapi nak pergi ke klinik mana?
Ok, saya share sikit criteria untuk memilih klinik untuk buat antenatal follow up.
1. Pilih Doktor, jangan pilih klinik.
Klinik yang biasa anda pergi untuk demam batuk selsema etc tak semestinya bagus untuk buat antenatal follow up. Kena cari doktor yang berpengalaman dalam antenatal follow up, pandai buat scan dan biasa handle kes-kes antenatal follow up. Biasanya doktor ni dah lama kerja di bahagian ibu dan anak di klinik kerajaan. Jadi boleh tanya doktor tu pernah tak kerja di bahagian ibu dan anak, berapa lama? Doktor biasa pun boleh buat scan, tetapi doktor yang berpengalaman dalam scan antenatal boleh kesan masalah bayi dalam scan dengan lebih baik, terutama penyakit-penyakit yang jarang berlaku dan sukar dikesan oleh doktor biasa.
2. Klinik tu cukup alatan.
Ok, dah dapat doktor yang berpengalaman, kena la tengok sama ada klinik tu ada ultrasound scan ke tak. kalau boleh mesin yang berteknologi tinggi sikit, gambar clear dan senang nak tengok. Selain tu, boleh buat blood test dan dapat result dengan cepat. Jangan buat hari ni sebulan lagi baru dapat result. Macam kat Poliklinik Az-Zaara, buat full blood count boleh dapat result dlm masa 15 minit je.
3. Charge yang berpatutan.
Kadang-kadang bila doktor tu berpengelaman dan klinik ada alatan yang cukup, charge mesti mahal. Tak semestinya, ada jugak klinik yang bagi harga berpatutan. Just nak kena cari la.
4. Tidak terlalu jauh dari rumah.
Jangan la cari klinik yang jauh sangat unless jika berkelapangan dan tidak ada masalah untuk travel.
5. Waktu operasi klinik yang sesuai dengan anda.
Kalau anda bekerja, waktu yang sesuai adalah selepas kerja dan weekend. Kalau boleh datang waktu kerja pun bagus jugak, tapi xkan la setiap kali checkup nak amik cuti kan? jadi kalau klinik tu buka masa lepas office hour dan weekend memang sangat sesuai.
Jadi, boleh la mula survey klinik-klinik yang sesuai untuk buat antenatal follow up Puan-Puan ya. Sebarang pertanyaan tentang antenatal follow up kami, boleh comment or PM Poliklinik Az-Zaara.
Ibu mengandung yang buat follow up di Poliklinik Az-Zaara akan dapat
1. Free obimin untuk sebulan bila buka buku pink.
2. Free 5D scan pada 28 minggu.
3. 50% discount untuk detail scan pada 18-24 minggu.
Best kan?

Poliklinik Az-Zaara
Call/whatsapp 03-42663686/011-52300300

No comments:

Post a Comment