Tuesday 3 January 2017

Nak buat scan yang mana satu ye?

Nak buat scan yang mana satu ye? Growth scan? Detail scan? 3D/4D/5D scan? Hmmm.....
Masih ramai ibu-ibu yang keliru tak tau nak buat yang mana satu kan? Yang mana yang lebih penting kan?
Jom saya terangkan sikit. Simple je. Cuma panjang sikit post kali ni. Diharap dapat membaca dengan sabar ya.
2D scan, yang hitam putih tu, boleh buat growth scan dan detail scan.
Biasa di klinik kesihatan hanya buat growth scan sahaja. Growth scan ni untuk tgk perkembangan bayi dalam kandungan. Sama ada perkembangan mengikut tempoh kandungan ke tak.
Antara parameter yang diperiksa masa growth scan ialah
1 Biparietal diameter (BPD)
Yang ni ukur diameter kepala, di ukur dari kedua-dua sisi kepala.
2. Head circumference (HC)
Yang ni nak ukur ukurlilit kepala.
3. Abdominal circumference (AC)
Yang ni ukur ukurlilit abdomen.
4. Femur Length (FL)
Yang ni ukur panjang tulang peha.
5. Air ketuban
6. Kedudukan placenta (Uri)
7. Degupan jantung
2D growth scan ni very basic scan kebanyakan doktor boleh buat. Harga pun murah je. Biasanya dalam RM40-60 (market price) sekali dengan consultation.
Kalau detail scan, lebih banyak parameter yang akan diperiksa, seperti struktur dalam otak bayi dari segi saiz, jantung, perut, buah pinggang, tulang belakang, tulang tangan dan jari, pundi kencing dan banyak lagi.
1. Bentuk dan struktur kepala bayi anda. Pada peringkat ini masalah otak yang serius, dapat dilihat.
2. Muka bayi anda, untuk memeriksa bibir sumbing namun lelangit rekah dalam mulut bayi adalah sukar untuk melihat dan selalunya tidak dapat dikesan.
3. Tulang belakang bayi anda, Akan diperiksa dari segi panjang dan keratan rentas. Dan juga memastikan tidak ada tulang belakang/cyst yang terkeluar dari kulit(spina bifida).
4. Dinding abdomen bayi anda, memastikan ia meliputi semua organ-organ dalaman seperti perut, buah pinggang dan diafram.
5. Jantung bayi anda. Kedua-dua bahagian atas (atrium) dan bahagian bawah dua ruang (ventrikel) hendaklah sama dalam saiz. Injap mesti boleh membuka dan menutup dengan setiap denyutan jantung. sonographer anda juga akan mengkaji urat utama dan arteri yang membawa darah ke dan dari hati bayi anda.
6. Buah pinggang bayi anda. doktor akan memeriksa bayi anda mempunyai dua buah pinggang, dan air kencing yang mengalir bebas ke dalam pundi kencing.
Dengan memeriksa semua parameter secara detail seperti ini, kebanyakan kecacatan yang dapat dilihat secara kasar boleh dikesan dari awal. Namun kecacatan genetik, masalah darah dan hormon tidak dapat dikesan melalui detail scan. Dan harus diingat bahawa jika detail scan adalah normal tidak bermaksud bayi itu adalah 100% sempurna.
3D/4D/5D scan ni cuma nak tengok struktur luar bayi. Bukan bertujuan untuk melihat tahap tumbesaran dan kesihatan bayi. Tapi ramai ibu yang excited nak buat sebab nak tengok jantina dan muka baby tu. Faham, dah tak boleh sabar kan? Hehe..
Senang cerita 3D/4D/5D scan ni its good to do for your own satisfaction but no medical benefit la. Ada juga yang 5D nampak muka comel, pipi tembam tetapi bila buat detail scan nampak ada abnormality pada struktur brain. So kena refer kepada pakar sakit puan untuk rawatan lanjut semasa nak bersalin nanti.
Jadi pilihlah yang mana sesuai. Utamakan yang penting.
Em satu lagi, ramai ibu yang bertanya. Nak scan gender kena buat 2D atau 5D? Dua2 pun boleh Puan. Doktor buat 2D pun dah boleh nampak gender boy or girl. Tetapi kebanyakan ibu bapa tak faham gambar 2D ni, so dorang tak puas hati kalau tak nampak sendiri, hanya dengar doktor cakap je. So kalau buat 5D ibu bapa boleh nampak sendiri organ sex bayi tu. So lebih jelas la kan? Tetapi nak dapat gambar 5D gender scan tu agak susah.
Semoga bermanfaat.
Poliklinik Az-Zaara menyediakan perkhidmatan growth scan, detail dan scan 5D menggunakan mesin ultrasound scan berteknology tinggi. Bagi kami, pelanggan berhak tahu tujuan scan dibuat dan apakah maklumat yang boleh didapati daripada scan tersebut.
Jom buat 5D gender scan di Az-Zaara Sonocentre @ Poliklinik Az-Zaara.
Insyaallah puas hati.
2D Growth Scan ●Harga Promosi RM40 (Isnin-Jumaat/waktu pejabat) - RM55 (Isnin-Jumaat/selepas waktu pejabat/Sabtu & Ahad) ■(sesuai untuk semua usia kandungan)
5D Scan (RM160) + 2D Early Scan to confirm date + 1 Keping Gambar Berwarna = ● Harga Promosi RM 75 ■(kandungan 11-14W)
5D Scan (RM160) + 2D Growth Scan + Gender Scan (RM55) + 1 Keping Gambar Berwarna + CD = ●Harga Promosi RM100 (Isnin-Jumaat/waktu pejabat) - RM120 (Isnin-Jumaat/selepas waktu pejabat/Sabtu & Ahad) ■(kandungan 24-32W)
5D Scan (RM160) + Detail Scan (RM150) + 1 Keping Gambar Berwarna + CD + Full Report = ●Harga Promosi RM150 (Isnin-Jumaat/waktu pejabat) - RM200 (Isnin-Jumaat/selepas waktu pejabat/Sabtu & Ahad)
■(kandungan 18-24W,max 28W)
Detail Scan (RM150) + Free Gender scan + CD + Full Report = ●Harga Promosi RM120 (Isnin-Jumaat/waktu pejabat) - RM150 (Isnin-Jumaat/selepas waktu pejabat/Sabtu & Ahad) ■(kandungan 18-24W,max 28W)
PM/Call/Whatsapp kami di 03-42663686/011-52300300
Az-Zaara Sono Centre @ Poliklinik Az-Zaara. Pusat Antenatal Scan Pilihan Ramai.

No comments:

Post a Comment