Tuesday 3 January 2017

Detail scan. Kena buat ke tidak?
2D scan, yang hitam putih tu, boleh buat growth scan dan detail scan.
Biasa di klinik kesihatan hanya buat growth scan sahaja. Growth scan ni untuk tgk perkembangan bayi dalam kandungan. Sama ada perkembangan mengikut tempoh kandungan ke tak.
Antara parameter yang diperiksa masa growth scan ialah
1 Biparietal diameter (BPD)
Yang ni ukur diameter kepala, di ukur dari kedua-dua sisi kepala.
2. Head circumference (HC)
Yang ni nak ukur ukurlilit kepala.
3. Abdominal circumference (AC)
Yang ni ukur ukurlilit abdomen.
4. Femur Length (FL)
Yang ni ukur panjang tulang peha.
5. Air ketuban
6. Kedudukan placenta (Uri)
7. Degupan jantung
Kalau detail scan, lebih banyak parameter yang akan diperiksa, seperti struktur dalam otak bayi dari segi saiz, jantung, perut, buah pinggang, tulang belakang, tulang tangan dan jari, pundi kencing dan banyak lagi.
1. Bentuk dan struktur kepala bayi anda. Pada peringkat ini masalah otak yang serius, dapat dilihat.
2. Muka bayi anda, untuk memeriksa bibir sumbing namun lelangit rekah dalam mulut bayi adalah sukar untuk melihat dan selalunya tidak dapat dikesan.
3. Tulang belakang bayi anda, Akan diperiksa dari segi panjang dan keratan rentas. Dan juga memastikan tidak ada tulang belakang yang terkeluar dari kulit.
4. Dinding abdomen bayi anda, memastikan ia meliputi semua organ-organ dalaman seperti perut, buah pinggang dan diafram.
5. Jantung bayi anda. Kedua-dua bahagian atas (atrium) dan bahagian bawah dua ruang (ventrikel) hendaklah sama dalam saiz. Injap mesti boleh membuka dan menutup dengan setiap denyutan jantung. sonographer anda juga akan mengkaji urat utama dan arteri yang membawa darah ke dan dari hati bayi anda.
6. Buah pinggang bayi anda. doktor akan memeriksa bayi anda mempunyai dua buah pinggang, dan air kencing yang mengalir bebas ke dalam pundi kencing.
Dengan memeriksa semua parameter secara detail seperti ini, kebanyakan kecacatan yang dapat dilihat secara kasar boleh dikesan dari awal. Namun kecacatan genetik, masalah darah dan hormon tidak dapat dikesan melalui detail scan. Dan harus diingat bahawa jika detail scan adalah normal tidak bermaksud bayi itu adalah 100% sempurna.
Pakej detail scan di Az-Zaara Sonocentre @ Poliklinik Az-Zaara :
5D Scan (RM160) + Detail Scan (RM150) + 1 Keping Gambar Berwarna + CD + Full Report = ●Harga Promosi RM150 (minima) - RM200 (maksima)
■(kandungan 18-24W,max 28W)
Detail Scan (RM150) + Free Gender scan + CD + Full Report = ●Harga Promosi RM120 (minima) - RM150 (maksima)
■(kandungan 18-24W,max 28W)
●Isnin-Jumaat/waktu pejabat = Harga minima
●Isnin-Jumaat/selepas waktu pejabat/Sabtu & Ahad = Harga maksima
PM/Call/Whatsapp kami di 03-42663686/011-52300300
Image may contain: ultrasound and text


No comments:

Post a Comment