Tuesday 3 January 2017

Pregnant, tapi nak melancong dan naik flight, boleh ke?

Pregnant, tapi nak melancong dan naik flight, boleh ke?
Mesti ramai macam ni kan? Pregnant ni kadang-kadang bukan mengidam makan je. Ada jugak yang mengidam nak melancong.
Ada yang nak ke tempat honeymoon dulu. Ada juga yang nak p try makan kat tempat orang, yang sebelum ni tak pernah pergi.
So macam mana? Boleh ke pergi? Boleh ke naik flight?
Airasia, MAS, Malindo tgh buat promo nie....Huhuhu...
Sebenarnya boleh je takde masalah pun ibu mengandung nak naik flight. Tetapi bergantung pada keadaan kesihatan ibu itu sendiri.
Contoh-contoh keadaan kesihatan ibu yang tidak sesuai untuk travel naik flight :-
1. Placenta Previa
Sangat berisiko untuk mengalami pendarahan. Sekiranya berlaku pendarahan semasa di dalam penerbangan, tiada bantuan kecemasan yang dapat diberikan kepada ibu dan akan memberi masalah kepada juruterbang dan crew penerbangan lain. Ini juga akan membahayakan nyawa ibu dan anak dalam kandungan.
2. Kandungan yang terlalu awal dan berisiko keguguran
Kalau pernah mengalami pendarahan sewaktu awal mengandung atau mempunyai sejarah keguguran, maka tidak digalakkan untuk menaiki penerbangan kerana risiko berlaku pendarahan lagi. Sebaiknya tunggu sehingga trimester kedua apabila kandungan sudah semakin kuat untuk pesakit seperti ini.
3. Pesakit yang mempunyi darah tinggi sewaktu mengandung.
Pesakit darah tinggi sewaktu mengandung berisiko mendapat sawan (eclampsia) apabila tekanan darah meningkat mendadak. Pesakit seperti ini tidak sesuai didedahkan dengan stress terutama di dalam penerbangan yang mungkin akan berlaku turbulence menyebabkan gegaran pada badan pesawat. Ini mungkin menyebabkan pesakit panik dan tekanan darah meningkat mendadak.
4. Ibu yang sudah di hujung tempoh kandungan 38-40 minggu
atau ibu yang mempunyai sejarah bersalin awal pada kandungan terdahulu. Ibu-ibu ini berisiko untuk bersalin didalam penerbangan yang mana tiada kelengkapan dan bantuan yang cukup untuk ibu bersalin.
5. Ibu mengandung yang mempunyai masalah kesihatan lain seperti asma yang tidak terkawal, lemah jantung dan lain-lain penyakit yang mungkin membahayakan ibu mengandung semasa didalam penerbangan.
Namun ada juga faktor-faktor lain yang boleh menyebabkan ibu mengandung tidak sesuai untuk menaiki penerbangan. Jadi berbincanglah dengan doktor yang menjaga Puan-puan untuk antenatal checkup kerana mereka lebih tahu tentang masalah kesihatan kandungan Puan berbanding doktor lain.
Selamat melancong ya!!!

Poliklinik Az-Zaara
Call/whatsapp 03-42663686/011-52300300

Image result for air asia promo

No comments:

Post a Comment