Tuesday 3 January 2017

Chicken Pox


Sape yang belum kena chicken pox?
Chicken pox ialah jangkitan virus Varicella Zooster. Sejenis penyakit yang bila dah kena sekali, takkan kena lagi dah. Sebab badan dan ada antibodi untuk melawan penyakit tu. Dan penyakit ni, kalau kena waktu kecil, ialah kurang teruk dan kurang berlaku komplikasi berbanding jika terkena pada orang dewasa.
So untung la orang yang dah kena masa kecik. Jadi yang tak pernah kena chicken pox masa kecik, macam mana nak elak?
Kena elakkan berada dekat dengan orang disyakki atau disahkan dijangkiti chicken pox.
Kalau tak boleh nak elak, boleh la ambil vaksin.
Kejap doktor, kayap (shingles) pun disebabkan oleh varicella zooster kan?
Ya betul. Shingles pun disebabkan oleh varicella zooster. Tapi cara virus menyebabkan penyakit adalah berbeza. Orang yang dah pernah kena chicken pox, masih boleh terkena shingles. So yang tu tak boleh nak elak.
Vaksin varicella zooster boleh diambil sejak 12 bulan untuk bayi untuk 2 dos.

Call/whatsapp 03-42663686/011-52300300
Image may contain: one or more people

No comments:

Post a Comment