Tuesday 3 January 2017

Baby Jaundice....
Doktor : Baby jaundice kena check darah selalu nak tgk level bilirubin dia.
"Abis tu kesian la baby saya kena cucuk banyak kali..."
"Doktor ni saje xnak bagi orang lain cari makan, nak kena jumpa doktor jugak, pastu asyik suruh buat check darah, nak charge mahal la tu..."
Mesti ramai yang mempersoalkan doktor tu kan? Kalau pesakit mempersoalkan mcm tu sebenarnya bukan salah pesakit, tapi salah doktor..
Haah? doktor tu salah?
Yelah salah sebab xterangkan kenapa kena buat mcm tu. Meh saya yang terangkan kenapa.
First sekali, kenapa terjadinya jaundice pada bayi baru lahir? Meh kita tengok sebab-sebab kenapa jaundice terjadi.
1. Fisiological jaundice
2. Breastfeeding jaundice
3. Pendarahan dalaman spt cephalohematoma semasa bersalin
4. Berbeza jenis darah antara ibu dan bayi.
5. Jangkitan kuman.
6. Fungsi hati yang tidak normal
7. Kekurangan enzim yang penting
8. Sel darah merah yang tidak normal
9. Bayi pra matang/ berat yang terlalu kecil
Em banyak kan sebab kenapa jaundice berlaku. Jadi takkan la satu jenis ubat sapu/ubat makan boleh merawat semua jenis jaundice ni, rawatan doktor untuk setiap jenis ni pun berbeza.
Apa kaedah rawatan jaundice ni sebenarnya.
Senang je. Ada 2 kaedah dlm rawatan jaundice ni.
1. Menurunkan serum bilirubin (yang menyebabkan jaundice) dengan cara phototherapy (jemur bawah cahaya biru) atau pun jika serum bilirubin terlalu tinggi, kena buat exchange transfusion.
2. Merawat sebab kenapa jaundice berlaku, yang ni kena cari dulu punca kenapa jaundice berlaku, dan rawatan kena buat ikut punca.
Contoh ada jangkitan kuman, so kena la bagi antibiotik.
"Tapi ada je baby yang pakai ubat sapu/makan tardisional/supplement lepas tu dah xde jaundice, xpayah jumpa doktor..."
Haa, memang betul. Kalau bernasib baik baby tu cuma jaundice sebab fisiological jaundice or breastfeeding jaundice yang akan hilang sendiri biasa dalam 2 minggu, xpela. Doktor pun xbuat apa-apa kalau pesakit mcm tu, just amik darah untuk monitor serum bilirubin je. Nak make sure level tak terlalu tinggi. Tapi kalau xbernasib baik, jaundice sebab lain, pakai je ubat mcm tu memang la xkan baik.
"So ubat/jamu nak baikkan jaundice baby yang banyak orang jual tu tak betul la?"
"Em saya tak tahu nak jawab, sebab saya tak tahu pasal ubat/jamu tu...Tetapi melihat kepada konsep rawatan doktor yang merawat bergantung pada kenapa jaundice berlaku, rasanya tak logik la satu ubat boleh merawat semua jenis jaundice xkira sebab kenapa jaundiceberlaku."
" Kalau jaundice teruk, tak dirawat boleh jadi apa?"
Kernicterus. Bilirubin yang terlalu tinggi akan masuk dalam sistem darah otak, dan boleh menyebabkan kerosakan kekal pada otak. Macam-macam boleh berlaku akibat kerosakan otak seperti, hilang pendengaran, cerebral palsy dan macam-macam lagi. jadi berbaloi kah amik darah banyak kali untuk mengelak penyakit yang kekal seumur hidup ni?
Anda komen sendiri la.

Call/whatsapp 03-42663686/011-52300300

No comments:

Post a Comment