Tuesday 3 January 2017

Saya dah xdatang period doktor, bila saya boleh buat pregnancy test ni?

Saya dah xdatang period doktor, bila saya boleh buat pregnancy test ni? excited dah ni...
Kebanyakan urine pregnancy test hanya akan positif paling awal 5 minggu dari hari pertama period yang terakhir.
Sebagai contoh, bulan lepas datang period 1 haribulan. Bulan ni pada 8 hari bulan kalau masih tak datang period, boleh la buat urine pregnancy test. Sebab dah 5 minggu dari tarikh period.
So saya kena buat UPT ni pagi ke malam? ke tak kisah bila-bila pun?
UPT ni untuk check hormon dalam urine. Hormon BhCG. Hormon di akan sangat banyak pada awal pregnancy terutama pada waktu pagi. Hormon ini juga lah yang akan menyebabkan rasa loya muntah pening pada awal kandungan. Dan simptom ini lebih teruk pada awal pagi kan? sebab tu dinamakan morning sickness.
So lebih baik buat UPT tu pada awal pagi.
Doktor, ada UPT yang boleh detect terus berapa minggu kita pregnant. Boleh percaya ke bacaan tu?
Ada beberapa jenis UPT digital yang boleh detect berapa minggu pregnant. Contoh Clear blue. (kami bukan agent Clear Blue, cuma ramai yang bertanya).
UPT Clear Blue ni boleh detect bukan sahaja kehadiran hormon BhCG, tetapi juga quantity/level hormone tersebut. Ini akan ditukarkan menjadi berapa minggu kandungan. Mengikut data dari pengeluar Clear Blue, ia adalah agak tepat dengan hanya beza +/- 5 hari jika dibandingkan dengan ultrasound. Menurut pengeluar juga ia mampu mengesan pregnancy seawal 3-4 minggu kandungan. Antara yang terawal di dalam pasaran.
Namun ada juga kekurangannya, seperti jika kandungan adalah kembar, maka hormon BhCG adalah lebih tinggi dari biasa maka bacaan berapa minggu yang dicatatkan adalah tidak tepat. Ultrasound masih perlu dilakukan untuk memastikan ketepatan berapa minggu kandungan yang sebenar.
Selain itu ia juga agak mahal berbanding UPT test yang lain di pasaran.
Poliklinik Az-Zaara
Call/whatsapp 03-42663686/011-52300300

No comments:

Post a Comment