Thursday 12 January 2017

Blood Sugar Profile

Walaupun sakit dan leceh, tolong la buat betul-betul...
Ramai ibu-ibu yang disahkan mengalami kencing manis semasa mengandung perlu buat Blood Sugar Profile (BSP) yang kena ambil darah untuk check gula 4 kali sehari. Pagi, tgh hari, petang dan malam.
Lecehkan kena datang klinik 4 kali semata-mata nak ambil darah.
Tapi tahu tak betapa pentingnya check darah tu? Dengan check darah tu, Dr akan tahu sama ada kencing manis tu terkawal atau pun tidak. Dengan keputusan check darah tu Dr boleh tentukan sama ada perlu ambil insulin atau sekadar perlu kawal makan. Dengan keputusan darah itu dapat menentukan kaedah dan berapa minggu Puan perlu bersalin. Keputusan itu juga akan menentukan berapa tinggi risiko kandungan Puan?
Pernah dengarkan sebab kencing manis yang tidak terkawal baby jadi terlalu besar saiz dan sukar nak bersalin biasa sampai perlu buat operation czer. Kalau baby terlalu besar, luka operation juga perlu lebih besar untuk memudahkan baby keluar.
Pernah dengar kan sebab kencing manis tidak terkawal ada kes yang baby tiba-tiba meninggal dalam perut. Ya ajal dan maut itu di tangan Tuhan, tetapi kita perlu buat apa yang termampu untuk menjaga amanah yang diberikan kepada kita ni. Perlu jaga sebaiknya.
Jadi berbaloikah bersusah payah pergi klinik, kena cucuk sampai 4 kali sehari, kena kawal nafsu makan semata-mata untuk baby kesayangan kita ni?
Dan kalau boleh, buat la apa yang disuruh oleh Dr dan nurse tu dengan ikhlas. Jangan hari nak buat test je, kawal makan tetapi hari-hari lain kita abaikan nasihat Dr/nurse tu. Apa yang Dr dan nurse buat tu bukan untuk kebaikan dorang pun, tetapi untuk kebaikan ibu-ibu tu sendiri.
Sekadar memberi peringatan.
Semoga bermanfaat.
Poliklinik Az-Zaara
Pusat Penjagaan Antenatal Pilihan Anda.
03-42663686/011-52300300

No comments:

Post a Comment