Tuesday 3 January 2017

Thalasemia. Apa yang perlu tahu sebelum mengandung?
Thalasemia adalah penyakit bawaan genetik. Diturunkan dari ibu bapa kepada anak.
Beberapa jenis Thalasemia yang biasa diketahui adalah seperti alpha-thalassemia, beta-thalassemia dan lain-lain yang agak jarang didengari.
So apa yang penting sangat nak kena tahu pasal penyakit ni?
Yang paling penting adalah kena tahu sama ada ibu bapa adalah pembawa atau pesakit Thalasemia. Kerana jika kedua-dua ibu bapa adalah pembawa thalasemia maka ada 25% kemungkinan anak akan mendapat penyakit thalasemia major dan 50% untuk menjadi pembawa.
Thalasemia major akan menyebabkan pelbagai masalah kepada anak, yang mana akan memerlukan darah tambahan beberapa kali setiap bulan, kawalan makanan, pelbagai ubat-ubatan dan kerap berulang alik ke hospital. Jadi cara terbaik adalah dengan mencegah. Pastikan status thalasemia anda dan pasangan anda.
Untuk thalasemia trait pula, biasanya dia tidak mengalami sebarang masalah pada kebiasaannya. Namun pada situasi tertentu seperti semasa mengandung, kemungkinan darah akan menjadi terlalu rendah dan perlu tambahan darah dilakukan. Anemia (kurang sel darah merah) akan menyebabkan pelbagai masalah kepada ibu mengandung dan bayi dalam kandungan.
Berjumpa dengan doktor anda untuk mengetahui lebih lanjut mengenai thalasemia dan ujian kepastian yang boleh dilakukan.

Call/whatsapp 03-42663686/011-52300300

No comments:

Post a Comment