Tuesday 3 January 2017

Muntah-muntah semasa mengandung.


Ramai yang mengalami muntah-muntah semasa mengandung. Namun ramai yang tersilap menganggap ia adalah hanya alahan mengandung.
Banyak sebab mengapa ibu-ibu mengandung boleh muntah-muntah sepanjang kandungan.
Alahan mengandung atau Hyperemesis Gravidarum biasanya hanya berlaku sehingga minggu ke12 kandungan sahaja dan mungkin berlanjutan sehingga awal trimester ke-2. Untuk bacaan lanjut boleh ke artikel ini
Sekiranya selepas 12 minggu masih mengalami muntah-muntah, ianya mungkin disebabkan oleh sebab lain.
Antara sebab lain yang perlu diperiksa adalah seperti
1. Gastrtitis
Gastritis kerap menyerang ibu mengandung terutama pada lewat kandungan kerana rahim yang membesar menekan perut dan menyebabkan reflux. Ini mungkin akan menjadi lebih teruk jika ibu telahpun mengalami penyakit gastritis sejak sebelum mengandung.
Gastitis juga boleh berlaku disebabkan oleh pengambilan iron tablet. namun tidak disarankan untuk berhenti dari mengambil iron tablet kerana ia sangat penting semasa mengandung. Jika ini berlaku, berbincang dengan doktor tentang langkah seterusnya untuk mengelakkan gatritis dari berulang.
2. Jangkitan salur kencing.
Jangkitan salur kencing kerap berlaku pada ibu mengandung. Ia bukan sahaja boleh menyebabkan masalah seperti muntah-muntah pada ibu mengandung, ia juga boleh menyebabkan risiko kelahiran awal (preterm labour) jika tidak dikawal. Ujian air kencing dapat menentukan sama ada Puan mengalami jangkitan salur kencing ataupun tidak.
3. Keracunan makanan yang ringan juga boleh menyebabkan muntah-muntah sepanjang mengandung. Namun biasanya ia dapat dikesan dengan mudah oleh ibu mengandung kerana datang bersama sakit perut yang memulas-mulas dan cirit-birit. Namun jika keracunan yang ringan dan tidak melibatkan symptoms lain, maka ia lebih sukar untuk dikenalpasti.
Muntah-muntah semasa mengandung boleh membahayakan kandungan di dalam rahim. Ibu tidak dapat memberikan nutrient penting kepada bayi dalam kandungan. Ibu juga akan mengalami berat badan yang rendah atau statik sepanjang kandungan.
Jadi, jika muntah-muntah semasa mengandung berlaku segera dapatkan pemeriksaan doktor.
Semoga bermanfaat.
Poliklinik Az-Zaara.
Klinik Penjagaan Antenatal Anda.
03-42663686/011-52300300

No comments:

Post a Comment