Tuesday 3 January 2017

Pendarahan semasa awal kandungan

Pendarahan semasa awal kandungan. Kenapa?
Mesti ramai yang pernah mengalami pendarahan semasa awal kandungan kan?
Bila xdtg period, excited nak check UPT. Bila dah positive, xlama lepas tu nampak ada sikit pendarahan. Mesti berdebar-debarkan?
Jangan terlalu risau. Bukan semua pendarahan semasa awal mengandung tu bahaya. Tidak semestinya akan mengalami keguguran.
Ada beberapa sebab kenapa berlakunya pendarahan di awal kandungan.
1. Implantation bleeding
Pendarahan yang berlaku semasa implantasi janin pada dinding rahim. Ini biasa berlaku pada 4 -6 minggu pertama kandungan. Ia tidak berbahaya dan dinasihatkan ibu banyakkan berehat dan tidak membuat kerja berat.
2. Jangkitan kuman
Sebarang jangkitan kuman pada saluran kencing atau saluran peranakan juga boleh menyebabkan pendarahan. Jika ini berlaku, ibu biasa akan mengalami simptoms kencing kotor, demam dan sakit di bahagian bawah abdomen. Jumpa doktor dengan segera supaya rawatan antibiotik dapat diberikan dengan segera. Ini biasanya tidak memberi kesan negatif pada kandungan.
3. Hubungan seksual.
Sewaktu mengandung, lapisan pada vagina tidak lembabp dan licin seperti pada waktu biasa dan ini boleh menyebabkan berlaku geseran dan pendarahan selepas hubungan seks. Ia adalah sementara, namun jika berlanjutan dapatkan pemeriksaan doktor dengan segera.
4. Keguguran
Ada beberapa jenis keguguran.
- Threatened miscarriage - berlaku pendarahan namun janin masih hidup dan mampu meneruskan kandungan
- Missed miscarriage - Bayi dalam kandungan telah meninggal namun masih lagi didalam rahim. Pendarahan sedikit mungkin berlaku dan operation untuk mengeluarkan janin perlu dilakukan.
- Complete Miscarriage - Ibu mengandung akan mengalami sakit perut dan pendarahan teruk. Mungkin akan perasan ketulan daging (janin) semasa pendarahan berlaku. Ultrasound scan akan dilakukan untuk memastikan semua hasil kandungan (product of conception/POC) telah keluar dan rahim telah kosong.
- Incomplete miscarriage - sama seperti complete miscarriage cuma, masih terdapat hasil kandungan (POC) yang belum keluar. Jadi operation perlu juga dilakukan untuk membersihkan rahim.
5. Kandungan di luar rahim.
Ini adalah sangat bahaya. Ibu mengandung akan mengalami sakit perut, lebih pada bahagian tepi kiri atau kanan, bukan di tengah. Dan sakit tersebut mungkin akan menjalar ke bahu. Pendarahan akan berlaku. Jika ini berlaku dapatkan pemeriksaan kecemasan di hospital dengan segera. Pembedahan perlu dilakukan untuk mengeluarkan kandungan diluar rahim tersebut. Bergantung kepada keadaan, jika masih diperingkat awal, kemungkinan salur fallopian masih boleh diselamatkan, namun jika peringkat lewat, dimana tiub telah pecah, maka ia tidak dapat diselamatkan lagi. Tiub akan dibuang dan ibu akan hidup dengan hanya satu tiub berfungsi.
Jadi, jika berlaku pendarahan segeralah dapatkan rawatan doktor.

Call/whatsapp 03-42663686/011-52300300

No comments:

Post a Comment