Tuesday 3 January 2017

Ubat darah tinggi


Mesti ada sedara-mara, kawan-kawan kita atau orang yang kita kenal yang kena darah tinggi. Tapi perasan tak ubat-ubat yang dorang makan semua lain-lain. Pastu plak ada yang kena tukar-tukar ubat. Ada yang makan sebiji, ada yang makan sampai 4-5 biji ubat darah tinggi.
Perasan tak?
Mungkin ada yang perasan tapi xpernah tanya.
Ubat darah tinggi perlu diberikan secara individualized. Maksudnya Dr kena check dan berikan ubat yang sesuai untuk setiap pesakit. Tak boleh main pukul rata semua patient darah tinggi makan ubat yang sama.
Tahu tak ada 4 jenis utama ubat darah tinggi yang biasa diberikan.
1. ACE inhibitor/ ARB Blocker
Contoh seperti Enalapril, Perindopril, (ACE Inhibitor) Losartan, Telmisartan (ARB Blocker)
2. Beta Blocker
Contoh seperti Atenolol, Metoprolol, Bisoprolol
3. Calcium Channel Blocker
Contoh seperti Amlodipine, Felodipine
4. Diuretics
Contoh seperti Chlorothiazide, Frusemide
Kenapa kena ada banyak jenis ubat darah tinggi?
Jawapannya sebab pesakit darah tinggi ada macam-macam jenis.
Ada yang darah tinggi sahaja, yang umur muda, yang umur tua. Ubat lain jenis tu tau.
Ada jugak yang darah tinggi tapi ada sekali kencing manis. Dah kena tukar plak ubat darah tinggi dia.
Lepas tu kalau kena sakit jantung dan kencing manis, lain plak ubat yang kena bagi untuk darah tinggi.
Sama jugak untuk patient ada sakit buah pinggang. Lain la ubat darah tinggi yang kena makan. Tak sama dengan ubat yang orang lain makan.
Lepas tu, kadang-kadang ada yang tak sesuai dengan satu jenis ubat ni, jadi kena tukar dengan ubat jenis yang lain.
Sebab tu la penting untuk buat follow up. Jangan just beli ubat darah tinggi di farmasi sebab nak jimat xnak jumpa doktor.
Dan penting juga patient atau penjaga tahu nama-nama ubat yang diambil sekarang. Or at least ada list ubat yang diambil kalau tak pandai nak sebut nama ubat darah tinggi yang pelik-pelik tu. Hehe.
Semoga bermanfaat.

No comments:

Post a Comment