Tuesday 3 January 2017

Doktor, kenape baby saya kecik?

Doktor, kenape baby saya kecik?
Pernah berlaku, ibu kira tempoh kandungan dah 24 minggu, tetapi bila scan baru 21 minggu. Kenapa ya?
Ini boleh berlaku dan banyak kes telah direkodkan berlaku kes seperti ini.
Banyak sebab mengapa kes seperti ini berlaku. Di antaranya ialah
1. Salah kiraan tarikh atau kitaran haid yang tidak tetap menjadikan kiraantarikh tidak tepat.
2. Bayi kecil kerana masalah kesihatan ibu.
Cara terbaik untuk memastikan tarikh yang tepat adalah scan pada awal kandungan iaitu dari 8-12 minggu kandungan. Scan pada waktu ini amat penting untuk memastikan tempoh kandungan yang paling tepat.
Ada beberapa masalah kesihatan ibu yang boleh mempengaruhi perkembangan bayi dalam kandungan sehingga menyebabkan bayi kecil dari sepatutnya. Di antaranya ialah :-
1. Anemia
Kekurangan sel darah merah akan menyebabkan bayi juga mendapat kurang sel darah merah dan kurang zat untuk perkembangan. Jadi bayi juga terbantut perkembangannya dan menjadi lebih kecil dari biasa.
2. Darah tinggi sewaktu mengandung.
Darah tinggi sewaktu mengandung akan menyebabkan masalah saluran darah dari ibu kepada bayi. Ini akan menyababkan masalah untuk menyampaikan zat dan nutrient penting untuk perkembangan bayi. Ini juga akan menyebabkan bayi menjadi lebih kecil dari sepatutnya.
3. Kecacatan pada bayi itu sendiri.
Kecacatan pada bayi juga akan menyebabkan masalah tumbesaran bayi itu menjadikan bayi itu lebih kecil dari biasa.
4. Kandungan kembar.
Kandungan kembar akan menyebabkan ibu perlu memberi nutrien kepada 2 atau lebih bayi. Sekiranya ibu tidak mempunyai nutrien secukupnya untuk diberikan kepada bayi, maka 2 bayi perlu berkongsi nutrien dan boleh menyebabkan mengalami kekurangan nutrien dan menjadikan bayi lebih kecil dari sepatutnya.
Jadi dapatkan pemeriksaan awal dan jaga kesihatan ibu sewaktu mengandung. Makan makanan yang cukup dan berkhasiat. Ikut nasihat doktor dan sentiasa ambil tahu status anemia dan tekanan darah Puan-puan ya?

Call/whatsapp 03-42663686/011-52300300

No comments:

Post a Comment