Tuesday 3 January 2017

Makanan yang perlu dielakkan sewaktu mengandung

Makanan yang perlu dielakkan sewaktu mengandung.
1. Ikan tuna.
Ikan Tuna sama ada fresh ataupun telah diproses mengandungi kandungan merkuri yang lebih tinggi dari sumber makanan lain. Sumber ini terlalu kecil untuk menyebabkan mudarat kepada badan dalam keadaan biasa. Tetapi sewaktu mengandung, merkuri yang berlebihan akan memberi kesan negative kepada sistem saraf bayi yang sedang berkembang. Jadi kurangkan atau elakkan.
2. Susu segar
Susu segar yang tidak dipastur dibimbangi mengandungi kandungan bakteria yang mungkin berbahaya kepada kandungan. Jadi lebih baik hanya menggunakan susu yang dipastur atau susu UHT (ultra heat treated) kerana lebih selamat.
3. Yogurt dan cheese.
Makanan ini berasal dari susu, boleh dimakan semasa mengandung cuma perlu pastikan ianya dari sumber susu yang sudah dipastur atau menggunakan susu UHT.
Jenis cheese lembut seperti Danish blue, gorgonzola dan roquefort tidak sesuai semasa mengandung kerana cheese jenis ini berkemungkinan mengandungi bakteria jenis berbahaya iaitu listeria yang boleh menyebabkan masalah kepada kandungan.
Cheese yang telah dimasak adalah selamat dimakan.
4. Kafein.
Kopi, teh, chocolate dan minuman tenaga biasanya mengandungi kafein yang lebih tinggi dari sumber makanan lain. Kafein boleh menyebabkan bayi kurang berat dan berisiko bermasalah selepas lahir kerana kurang berat. Jadi kurangkan pengambilan kafein semasa mengandung.
5. Alkohol
Minuman beralkohol perlu dielakkan sama sekali semasa mengandung.

Call/whatsapp 03-42663686/011-52300300

No comments:

Post a Comment