Tuesday 3 January 2017

Pre eclampsia

Assalamualaikum doc. Boleh info pasal pre eclampsia x or darah tinggimasa mengandung? Saya dua2 anak ada pe(Pre-eclampsia) masa pregnant nak masuk 3rd trimester. Tq doc.
Poliklinik Az-Zaara
Treatment Dan Cara Mencegahnya.
Darah Tinggi semasa mengandung adalah satu penyakit yang didefinasikan kenaikan darah tinggi melebihi 30mmHg dari systolik pressure berbanding sebelum mengandung atau 15mmHg dari diastolik pressure berbanding sebelum mengandung.
Darah tinggi semasa mengandung akan menyebabkan risiko berlakunya pre-eclampsia terjadi sangat tinggi jika tidak dikawal.
Ia bermula dari minggu ke-20 kandungan dan sehingga 6 minggu selepas bersalin.
Tanda2:
1. Protein dikesan dalam urine
2. Sakit kepala yang teruk
3. Penglihatan menjadi kabur
4. Sakit perut
5. Loya dan muntah
6. Platlet menurun
7. Funsi hati menurun
8. Sesak nafas
Sekiranya dibiarkan, ia akan melarat menjadi eclampsia, pesakit akan mendapat sawan dan sangat berisiko untuk bayi dalam kandungan dan ibu.
Mengapa keadaan ini terjadi? Sains perubatan sekarang masih tidak dapat memberi penjelasan tepat, tetapi teori berkaitan placenta dipersetujui ramai saintis.Teori ini menrangkan semasa pembentukan placenta, salur darah yang tidak berkembang dengan normal menjadi sempit, menjadi punca kenapa darah tinggi ini berlaku.
Kaedah rawatan terkini adalah dengan mengawal tahap tekanan darah dengan ubat-ubat yang boleh digunakan semasa mengandung seperti Labetolol, Methyldopa, Nefidipine ataupun Hydralazine. Ubat darah tinggi yang lain tidak sesuai untuk ibu yang mengandung. Selain itu, Aspirin juga boleh diberikan sekiranya ultrasound doppler menunjukkan kurang saluran darah ke bayi melalui placenta (uri).
Rujuk kepada doktor secepat mungkin untuk rawatan lanjut. Setakat ini, tidak ada langkah pencegahan yang benar2 terbukti berkesan untuk mengelakkan Pre-eclampsia.

Call/whatsapp 03-42663686/011-52300300

No comments:

Post a Comment