Tuesday 10 January 2017

Saya demam panas, Demam Denggi ke?


Ramai dikalangan kita yang mengalami demam, namun tidak pasti adakah demam itu adalah Demam Denggi yang berbahaya yang mungkin membawa maut.
Pada peringkat awal, demam denggi dan demam viral biasa amat sukar ditentukan. Kedua-duanya akan menyebabkan demam panas, sakit kepala, sakit badan, sakit otot dan sendi.
Demam denggi kebiasaannya tidak menyebabkan batuk, selsema dan sakit tekak. Namun dengan adanya batuk,selsema dan sakit tekak, ia bukanbermakna demam tersebut bukan demam denggi. Siasatan lanjut masih perlu dilakukan jika demam masih belum kebah ataupun tanda-tanda seperti ruam demam (peticheal rash), pedih ulu hati, muntah atau cirit-birit.
Jadi bagaimana nak bezakan antara demam ni?
Tiada cara lain melainkan ujian darah. Ujian darah perlu dilakukan untuk mengenalpasti demam denggi, dan membezakan demam denggi berdarah atau demam denggi yang biasa. Demam denggi yang menyebabkan kematian adalah demam denggi berdarah. Demam denggi yang biasa tanpa apa-apa komplikasi dan bacaan darah yang tidak terlalu rendah, tidak perlu untuk dimasukkan ke wad di hospital. rawatan luar sudah memadai.
Apakah ujian darah yang perlu dilakukan untuk mengenalpasti denggi.
Ujian darah Full Blood Count.
Ujian ini akan mengira jumlah sel-sel darah merah, darah putih dan platlet. Ia juga akan mengira kepekatan darah (Hematocrit)
Denggi biasanya akan menyebabkan sel darah putih dan platlet turun. Kepakatan darah (Hematocrit) adalah parameter yang sangat penting dalam menentukan sama ada demam denggi adalah demam denggi biasa ataupun demam denggi berdarah.
Ujian Denggi NS1.
Ujian ini adalah ujian kepastian denggi yang boleh dilakukan seawal hari ke-3 demam. Sekiranya ia positive, maka diagnosis demam denggi boleh dilakukan. namun ujian full blood count masih perlu dilakukan untuk mengetahui sama ada demam denggi yang biasa ataupun demam denggi berdarah.
Ujian Antibodi Denggi IgG/IgM
Ujian ini juga untuk mengenalpasti demam denggi, tetapi perlu dilakukan lebih lambat dari NS1 kerana badan akan mula menghasilkan antibodi selepas 3-4 hari demam.
Jadi, selepas ujian kepastian denggi dilakukan, dan disahkan mengalami Demam Denggi, ujian full blood count perlu dilakukan secara berkala sama ada sehari sekali, sehari 2 kali dan sebagainya mengikut kepada keperluan. Ini penting untuk mengetahui kepekatan darah dan bacaan platlet yang terkini.
Selain itu, Denggi juga boleh menyebabkan komplikasi lain seperti radang pada hati dan kerosakan pada buah pinggang. Jadi ujian darah untuk fungsi hati dan buah pinggang juga mungkin perlu dilakukan semasa rawatan denggi dilakukan.
Jangan ambil mudah jika anda mengalami demam. Ia mungkin DEMAM DENGGI BERDARAH.
Poliklinik Az-Zaara
Ujian Darah Full Blood Count dan Dengue Confirmatory Test segera < 15 minit.

No comments:

Post a Comment