Tuesday 3 January 2017

Antenatal follow up. Bila kena start buat? jom saya kongsikan sedikit ya....
Sebaiknya, bila anda pasti yang period telah lewat, maka lakukanlah ujian air kencing untuk pastikan anda mengandung. Boleh beli sendiri je pun boleh kat farmasi atau klinik. Yang mahal ada, yang murah pun ada. Tapi kalau boleh beli lah dari company yg biasa dengar atau reliable. Ujian ni biasanya akan positif pada 5 minggu kandungan namun berbeza mengikut alat ujian tersebut.
Kalau dah positif, ALHAMDULILLAH. Rezeki dari Allah dan juga amanah untuk kita jaga tu.
Jadi mula la jaga makan, elakkan perkara yang boleh membahayakan kandungan dan mula makan supplement seperti folic acid atau obimin. Folic acid sangat penting pada awal kandungan.
Kalau tiada masalah seperti muntah teruk, sakit perut atau turun darah, maka seeloknya buat la ultrasound scan seawal 8 minggu. Seawal 8 minggu, ultrasound scan boleh dibuat. Scan hanya perlu dibuat dari atas perut. Jika masih tak nampak atau terlalu awal, scan perlu dilakukan melalui vagina (Trans Vaginal Scan, TVS). Kalau ada masalah pada peringkat awal kandungan, kena la jumpa doktor seawal mungkin ya.
Scan pada 8 minggu biasanya memerlukan ibu untuk tahan kencing sebelum buat scan. So kena la minum air banyak-banyak dan tahan kencing, baru la senang nak nampak janin dalam rahim. Bila dah nampak janin dalam rahim, Dr boleh tentukan tarikh dijangka bersalin Puan. Scan pada 8-12 minggu adalah sangat tepat untuk menentukan tarikh berbanding scan pada tempoh yang lebih lambat. Jadi kena la buat awal ya?
Kalau dah confirm tarikh jangka bersalin tu, boleh la mula ambil darah untuk check Hb, infective screening yang biasa seperti VDRL (syphilis), Hepatitis B dan HIV. Biasanya Dr atau nurse akan beritahu tujuan ambil darah dan ibu perlu memberi kebenaran verbal atau bertulis untuk melakukan ujian darah ini.
Kalau semuanya ok, Hb pun normal, Blood pressure normal, ujian kencing untuk glucose dan protein pun normal, biasanya Dr akan bagi temujanji lama sedikit. Tapi kalau ada masalah temujanji seterusnya akan lebih cepat supaya pemantauan dapat dilakukan lebih kerap.
Kalau ada faktor risiko untuk kencing manis seperti sejarah keluarga, sejarah kandungan sebelum ini, berat naik mendadak dan lain-lain, maka ujian MGTT (minum air gula) perlu dilakukan untuk pastikan ada kencing manis atau pun tak.
Scan seterusnya biasanya tak dilakukan di Klinik Kerajaan sehingga 28 minggu. Namun jika berkesempatan buat la scan pada 20 minggu untuk melihat perkembangan bayi dalam rahim. Pada masa yang sama, boleh juga buat detail scan pada masa tu untuk pastikan organ dalaman bayi semua adalah normal.
Kalau nak tahu jantina pun dah boleh check pada masa ni. 20 minggu kalau baby boy memang senang nak nampak, cuma kalau baby girl mungkin posisi bayi tu akan menyukarkan sedikit untuk mengesahkan jantina bayi tersebut.
Kalau semua normal, scan seterusnya perlu dilakukan pada 28 minggu. Yang ni sangat penting untuk pastikan tumbesaran bayi yang normal dan juga kedudukan uri. Sama ada di bawah atau di atas. Kedudukan uri ini sangat penting untuk menentukan kaedah bersalin nanti.
Selain itu, keadaan kesihatan ibu secara menyeluruh akan sentiasa dilakukan dari masa ke semasa sepanjang check up. Tekanan darah, ujian kencing, ujian darah untuk Hb, berat badan dan lain-lain akan dilakukan mengikut keperluan.
Bila dah sampai 34 minggu, scan perlu dilakukan sekali lagi untuk pastikan kedudukan bayi sama ada kepala dibawah, di atas atau kedudukan melintang. Kedudukan bayi ini akan menentukan kaedah bersalin nanti.
Pada masa 34 minggu keatas, ibu-ibu dah kena decide kat mana nak bersalin. Jika nak bersalin di Hospital kerajaan, tidak perlu daftar di sana. Cuma perlu datang pada tarikh dijangka bersalin atau semasa sakit nak bersalin.
Tetapi jika nak bersalin di Hospital swasta, biasanya follow up 2 bulan terakhir perlu dilakukan di Hospital Swasta tersebut. Namun mungkin berbeza mengikut hospital yang berbeza. Jadi dapatkan maklumat dari Hospital yang Puan nak bersalin nanti.
Selamat mengharungi proses kehamilan untuk semua ibu-ibu yang sedang hamil dan yang akan hamil.
Kami di Poliklinik Az-Zaara mendoakan semoga perjalanan kehamilan Puan-Puan dipermudahkan amin.
Antenatal Follow up di Poliklinik Az-Zaara
-free 5D scan masa 28 minggu dan 50% discount untuk detail scan.
Call/whatsapp 03-42663686/011-52300300

No comments:

Post a Comment