Tuesday 3 January 2017

Baby saya jaundice, apa nak buat?

Doktor, betul ke orang kata kalau baby kuning bg mandi dengan herba itu, mkn herba ini? Boleh ke sapu ubat itu, sapu ubat ini kat bayi? Tak payah masuk wad kena cucuk amik darah banyak kali.
Puan, bidang perubatan ini adalah satu cabang ilmu sains. Semua yang doktor advise tu ada support by evidence. Dah dibuat kajian. Bukan berdasarakan testimoni beberapa orang.
Neonatal jaundice atau baby kuning ni adalah sangat common. Kebanyakannya adalah physiological jaundice. Maksudnya itu adalah normal dan tak perlu mkn ubat apa-apa atau pun tak perlu sapu ubat apa-apa. Cuma perlu banyakkan susu badan sahaja.
Yang menjadi masalah bila doktor suruh masuk wad, kena letak bawah lampu dan kena cucuk darah banyak kali sebab kena check darah tu adalah sebab kuning yang terlalu tinggi dan mungkin juga pathologicaljaundice.
Puan kena faham kenapa pathological jaundice berlaku. Banyak sebab. Diantaranya adalah
1. Sepsis (jangkitan kuman pada bayi)
2. Kumpulan darah yang tidak sesuai antara ibu dan bayi.
3. Pendarahan semasa melahirkan bayi (cephalohematoma)
4. G6PD Deficiency
5. Masalah fungsi hati
Jadi blood test dan urine test yang Dr suruh buat tu nak detect masalah-masalah ni la. Dah tau apa punca, baru boleh bg rawatan.
Jadi lebih baik serahkan kepada yang pakar dalam bidang mereka untuk menentukan kaedah rawatan terbaik. Namun keputusan adalah di tangan ibu bapa sendiri.

Call/whatsapp 03-42663686/011-52300300

No comments:

Post a Comment