Thursday 12 January 2017

Blood Sugar Profile

Walaupun sakit dan leceh, tolong la buat betul-betul...
Ramai ibu-ibu yang disahkan mengalami kencing manis semasa mengandung perlu buat Blood Sugar Profile (BSP) yang kena ambil darah untuk check gula 4 kali sehari. Pagi, tgh hari, petang dan malam.
Lecehkan kena datang klinik 4 kali semata-mata nak ambil darah.
Tapi tahu tak betapa pentingnya check darah tu? Dengan check darah tu, Dr akan tahu sama ada kencing manis tu terkawal atau pun tidak. Dengan keputusan check darah tu Dr boleh tentukan sama ada perlu ambil insulin atau sekadar perlu kawal makan. Dengan keputusan darah itu dapat menentukan kaedah dan berapa minggu Puan perlu bersalin. Keputusan itu juga akan menentukan berapa tinggi risiko kandungan Puan?
Pernah dengarkan sebab kencing manis yang tidak terkawal baby jadi terlalu besar saiz dan sukar nak bersalin biasa sampai perlu buat operation czer. Kalau baby terlalu besar, luka operation juga perlu lebih besar untuk memudahkan baby keluar.
Pernah dengar kan sebab kencing manis tidak terkawal ada kes yang baby tiba-tiba meninggal dalam perut. Ya ajal dan maut itu di tangan Tuhan, tetapi kita perlu buat apa yang termampu untuk menjaga amanah yang diberikan kepada kita ni. Perlu jaga sebaiknya.
Jadi berbaloikah bersusah payah pergi klinik, kena cucuk sampai 4 kali sehari, kena kawal nafsu makan semata-mata untuk baby kesayangan kita ni?
Dan kalau boleh, buat la apa yang disuruh oleh Dr dan nurse tu dengan ikhlas. Jangan hari nak buat test je, kawal makan tetapi hari-hari lain kita abaikan nasihat Dr/nurse tu. Apa yang Dr dan nurse buat tu bukan untuk kebaikan dorang pun, tetapi untuk kebaikan ibu-ibu tu sendiri.
Sekadar memberi peringatan.
Semoga bermanfaat.
Poliklinik Az-Zaara
Pusat Penjagaan Antenatal Pilihan Anda.
03-42663686/011-52300300

Sakit Buah Pinggang.



Sakit buah pinggang sebenarnya tidak sakit pun. Tau-tau je dah end stage kena buat dialysis. Tak de sakit belakang, sihat bertenaga seperti biasa, tak de masalah kencing atau tanda-tanda lain pada peringkat awal. Cuma bila dan kegagaln fungsi buah pinggang berlaku secara sepenuhnya, barula akan ada bengkak kaki, muka, paru-paru lemas, perut kembung, anemia dan senang kena jangkitan kuman. Bila semua ni dah berlaku, ianya sudah terlambat. Kerosakan sudah tidak boleh diperbaiki. hanya dialysis secara berkala yang mampu menyelamatkan mereka.

Jadi kena ambil tahu, jangan ambil mudah dan jangan terlalu percayakan testimoni2 rawatan alternatif yang ada di pasaran yang menyatakan mampu merawat buah pinggang yang rosak.

Dah terlalu ramai pesakit yang dinasihatkan supaya menjaga kencing manis dan darah tinggi agar buah pinggang sihat tidak mahu mendengar nasihat doktor. Sebaliknya percayakan kata-kata penjual ubat/rawatan alternatif.

Macam yang saya katakan, kerosakan buah pinggang tahap 1,2,3,4 tidak akan memberi sebarang symptoms dan tanda melainkan ujian darah dan kencing dilakukan. Dan kebiasaanya kerosakan pada tahap ini masih boleh diselamatkan dengan mengawal punca berlakunya kerosakan buah pinggang.

Tolong la ikut cakap doktor, makan la ubat dan jangan ambil sebarang supplement lagi juga disahkan mengalami kerosakan buah pinggang. Ikut follow up dengan pakar buah pinggang. jangan dengar testimoni-testimoni penjual ubat/supplement/rawatan alternatif. Mereka adalah PENJUAL. Tujuan untuk melariskan jualan mereka, bukan untuk merawat sakit buah pinggang anda.

Tidak ada satu pun guideline rawatan sakit buah pinggang yang disahkan oleh pakar-pakar sakit buah pinggang(nehprologist) yang mencadangkan pengambilan rawatan/ubat supplement/komplimentary.

Ini sangat-sangat perlu ditekankan kerana meningkatnya pesakit yang perlu bergantung kepada dialysis akibat kerosakan buah pinggang sepenuhnya. Ini mengganggu kerja harian, tidak boleh bekerja seperti sebelum ini, senang mendapat penyakit/jangkitan kuman dan pelbagai lagi komplikasi dari kegagalan fungsi buah pinggang.

Semoga kita sentiasa beringat dan memberi peringatan kepada mereka yang berisiko.

Semoga bermanfaat.

Image result for hemodialysis

Wednesday 11 January 2017

Allergi/Alahan semasa mengandung. Ada ke ubat yang boleh makan?



Ramai ibu-ibu yang semasa mengandung, macam-macam pulak la alahan yang kena. Alahan muntah-muntah tu memang biasa, yang jadi gatal-gatal naik merah satu badan pun ada. Tak pernah pun jadi sebelum pregnant ni. Nak buat macam mana ya?

Ada ubat alahan yang boleh makan, ada juga yang tak sesuai untuk ibu mengandung.

Biasanya jika alahan tidak teruk, ubat makan antihistamine seperti piriton, cetrizine dan loratadine diklasifikasikan sebagai selamat untuk diambil oleh ibu mengandung. Ubat-ubat ini akan mengurangkan rasa gatal dan tindakbalas alahan tersebut.
Ubat sapu seperti pelembap adalah ubat awal yang boleh digunakan jika masih mengalami gatal.

Sekiranya gatal-gatal masih berlaku, pemeriksaan perlu dilakukan. Keadaan lain seperti masalah hati (obstetric cholestasis) boleh berlaku semasa mengandung dan menyebabkan simptoms gatal yang teruk. Masalah ini memerlukan rawatan oleh doktor pakar dan rawatan yang spesifik.

Sekiranya tidak ada masalah lain, hanya disebabkan oleh alahan, maka penggunaan ubat yang mengandungi steroid boleh digunakan sekiranya ianya amat diperlukan. Ubat yang mengandungi steroid boleh diberikan secara oral, cream dan juga suntikan.

Penggunaan ubat prednisolone (steroid) pada trimester pertama meningkatkan risiko berlakunya cleft lip/palate pada bayi. Namun kajian menunjukkan penggunaan ubat tersebut pada trimester 2 dan 3 tidak menunjukan peningkatan risiko tersebut. Namun penggunaannya masih perlu dikawal dan digunakan jika manfaat melebihi risiko.

Jadi, dapatkan pemeriksaan doktor jika rawatan awal di rumah tidak dapat melegakan kegatalan yang berlaku kerana mungkin ia adalah masalah yang lain dari alahan.

Semoga bermanfaat.

Poliklinik Az-Zaara
Call/whatsapp 03-42663686/011-523003

00Image result for gatal semasa mengandung

Tuesday 10 January 2017

Demam?


Kenapa Demam berlaku?
Demam virus atau bakteria?
Perlukah antibiotik?
Apa yang perlu dibuat jika Demam?
Credit Pa & Ma
Dr Roliza Ibrahim, DEMC Peadiatric Specialist
Poliklinik Az-Zaara
03-42663686/011-52300300

Anak 1 Tahun Meninggal Dunia Kerana Asap Rokok, Ingat Jangan Cium Dan Peluk Anak Selepas Merokok!!


Anda bila lagi nak berhenti,jangan sampai macam saya,menyesal nanti”pesan lelaki yang kini berusia 35 tahun kepada orang ramai setelah anaknya yang berusia 1 tahun 10 hari meninggal dunia akibat terlalu terdedah kepada asap rokok.
Katanya anaknya itu meninggal akibat pneumonia atau radang paru-paru,di usia yang sangat muda tentulah sangat tipis untuk menyelamtkannya.
Kesal berbalut rindu lelaki ini mengisahkan ceritanya tentu untuk mengingatkan kepada orang lain.
Saya adalah bekas perokok tegar selama 18 tahun,anak saya pompuan sangat comel,genap usianya 1 tahun 10 hari dia wafat akibat di jangkiti radang paru paru yang berpunca dari asap rokok yang saya hisap setiap hari.
Saya tidak merokok di sebalahnya,saya merokok jauh dari anak saya meskipun masih duduk di ruangan yang sama.
Lalau bagaimana boleh membahayakan anak?Anak saya terkena racun rokok yang melekat pada baju ketika saya mendukung dan bermain dengannya selepas merokok.
Pengakuan lelaki ini turut mendapat perhatian dari doktor pakar sama ada bau racun rokok yang melekat pada baju berbahaya.
Menurut Dr. Arif orang tua yang merokok di manapun baik dekat atau jauh ia akan tetap berbahaya,terutamanya bagi kanak kanak.
Asap rokok masih berbahaya dalam jarak 10 meter jadi walaupun merokok di luar rumah masih besar kemungkinan asap rokok masuk kedalam rumah.
Racun yang melekat pada baju disebut third hand smoker ,residu racun rokok bahanya sama seperti second hand smoker yang di sebut perokok pasif.
Tentu sangat berbahaya selepas habis merokok kita mendukung anak kita terutama bayi,kalau masuk rumah selepas merokok pastikan anda mandi terlebih dahulu dan menukar baju sebelum bermanja dengan anak.tegasnya.

Rokok meningkatkan risiko autisme kepada bayi.


Menurut satu kajian yang dilakukan bertajuk Smoking during pregnancy and risk of Autism Spectrum Disorder oleh Finnish National Birth Cohort, risiko terjadi autisme atau Pervasive developmental disorder (PDD) satu kumpulan penyakit yang merangkumi Autisme meningkat dengan ibu yang merokok.
Namun kajian tersebut melaporkan merokok hanya pada trimester pertama tidak meningkatkan risiko berlakunya Autisme atau PDD.
Kajian tersebut tidak menyatakan secara langsung kesan dari menjadi passive smoker kepada suami yang merokok, namun boleh dianggap ia kan memberi kesan yang hampir sama.
Jadi bukan sahaja merokok memberi kesan selepas bayi dilahirkan, namun ia memberi kesan sebelum bayi dilahirkan lagi.
Semoga ini memberi satu lagi sebab mengapa perlu BERHENTI MEROKOK!

Saya demam panas, Demam Denggi ke?


Ramai dikalangan kita yang mengalami demam, namun tidak pasti adakah demam itu adalah Demam Denggi yang berbahaya yang mungkin membawa maut.
Pada peringkat awal, demam denggi dan demam viral biasa amat sukar ditentukan. Kedua-duanya akan menyebabkan demam panas, sakit kepala, sakit badan, sakit otot dan sendi.
Demam denggi kebiasaannya tidak menyebabkan batuk, selsema dan sakit tekak. Namun dengan adanya batuk,selsema dan sakit tekak, ia bukanbermakna demam tersebut bukan demam denggi. Siasatan lanjut masih perlu dilakukan jika demam masih belum kebah ataupun tanda-tanda seperti ruam demam (peticheal rash), pedih ulu hati, muntah atau cirit-birit.
Jadi bagaimana nak bezakan antara demam ni?
Tiada cara lain melainkan ujian darah. Ujian darah perlu dilakukan untuk mengenalpasti demam denggi, dan membezakan demam denggi berdarah atau demam denggi yang biasa. Demam denggi yang menyebabkan kematian adalah demam denggi berdarah. Demam denggi yang biasa tanpa apa-apa komplikasi dan bacaan darah yang tidak terlalu rendah, tidak perlu untuk dimasukkan ke wad di hospital. rawatan luar sudah memadai.
Apakah ujian darah yang perlu dilakukan untuk mengenalpasti denggi.
Ujian darah Full Blood Count.
Ujian ini akan mengira jumlah sel-sel darah merah, darah putih dan platlet. Ia juga akan mengira kepekatan darah (Hematocrit)
Denggi biasanya akan menyebabkan sel darah putih dan platlet turun. Kepakatan darah (Hematocrit) adalah parameter yang sangat penting dalam menentukan sama ada demam denggi adalah demam denggi biasa ataupun demam denggi berdarah.
Ujian Denggi NS1.
Ujian ini adalah ujian kepastian denggi yang boleh dilakukan seawal hari ke-3 demam. Sekiranya ia positive, maka diagnosis demam denggi boleh dilakukan. namun ujian full blood count masih perlu dilakukan untuk mengetahui sama ada demam denggi yang biasa ataupun demam denggi berdarah.
Ujian Antibodi Denggi IgG/IgM
Ujian ini juga untuk mengenalpasti demam denggi, tetapi perlu dilakukan lebih lambat dari NS1 kerana badan akan mula menghasilkan antibodi selepas 3-4 hari demam.
Jadi, selepas ujian kepastian denggi dilakukan, dan disahkan mengalami Demam Denggi, ujian full blood count perlu dilakukan secara berkala sama ada sehari sekali, sehari 2 kali dan sebagainya mengikut kepada keperluan. Ini penting untuk mengetahui kepekatan darah dan bacaan platlet yang terkini.
Selain itu, Denggi juga boleh menyebabkan komplikasi lain seperti radang pada hati dan kerosakan pada buah pinggang. Jadi ujian darah untuk fungsi hati dan buah pinggang juga mungkin perlu dilakukan semasa rawatan denggi dilakukan.
Jangan ambil mudah jika anda mengalami demam. Ia mungkin DEMAM DENGGI BERDARAH.
Poliklinik Az-Zaara
Ujian Darah Full Blood Count dan Dengue Confirmatory Test segera < 15 minit.

Tuesday 3 January 2017

Makanan yang perlu dielakkan sewaktu mengandung

Makanan yang perlu dielakkan sewaktu mengandung.
1. Ikan tuna.
Ikan Tuna sama ada fresh ataupun telah diproses mengandungi kandungan merkuri yang lebih tinggi dari sumber makanan lain. Sumber ini terlalu kecil untuk menyebabkan mudarat kepada badan dalam keadaan biasa. Tetapi sewaktu mengandung, merkuri yang berlebihan akan memberi kesan negative kepada sistem saraf bayi yang sedang berkembang. Jadi kurangkan atau elakkan.
2. Susu segar
Susu segar yang tidak dipastur dibimbangi mengandungi kandungan bakteria yang mungkin berbahaya kepada kandungan. Jadi lebih baik hanya menggunakan susu yang dipastur atau susu UHT (ultra heat treated) kerana lebih selamat.
3. Yogurt dan cheese.
Makanan ini berasal dari susu, boleh dimakan semasa mengandung cuma perlu pastikan ianya dari sumber susu yang sudah dipastur atau menggunakan susu UHT.
Jenis cheese lembut seperti Danish blue, gorgonzola dan roquefort tidak sesuai semasa mengandung kerana cheese jenis ini berkemungkinan mengandungi bakteria jenis berbahaya iaitu listeria yang boleh menyebabkan masalah kepada kandungan.
Cheese yang telah dimasak adalah selamat dimakan.
4. Kafein.
Kopi, teh, chocolate dan minuman tenaga biasanya mengandungi kafein yang lebih tinggi dari sumber makanan lain. Kafein boleh menyebabkan bayi kurang berat dan berisiko bermasalah selepas lahir kerana kurang berat. Jadi kurangkan pengambilan kafein semasa mengandung.
5. Alkohol
Minuman beralkohol perlu dielakkan sama sekali semasa mengandung.

Call/whatsapp 03-42663686/011-52300300
Thalasemia. Apa yang perlu tahu sebelum mengandung?
Thalasemia adalah penyakit bawaan genetik. Diturunkan dari ibu bapa kepada anak.
Beberapa jenis Thalasemia yang biasa diketahui adalah seperti alpha-thalassemia, beta-thalassemia dan lain-lain yang agak jarang didengari.
So apa yang penting sangat nak kena tahu pasal penyakit ni?
Yang paling penting adalah kena tahu sama ada ibu bapa adalah pembawa atau pesakit Thalasemia. Kerana jika kedua-dua ibu bapa adalah pembawa thalasemia maka ada 25% kemungkinan anak akan mendapat penyakit thalasemia major dan 50% untuk menjadi pembawa.
Thalasemia major akan menyebabkan pelbagai masalah kepada anak, yang mana akan memerlukan darah tambahan beberapa kali setiap bulan, kawalan makanan, pelbagai ubat-ubatan dan kerap berulang alik ke hospital. Jadi cara terbaik adalah dengan mencegah. Pastikan status thalasemia anda dan pasangan anda.
Untuk thalasemia trait pula, biasanya dia tidak mengalami sebarang masalah pada kebiasaannya. Namun pada situasi tertentu seperti semasa mengandung, kemungkinan darah akan menjadi terlalu rendah dan perlu tambahan darah dilakukan. Anemia (kurang sel darah merah) akan menyebabkan pelbagai masalah kepada ibu mengandung dan bayi dalam kandungan.
Berjumpa dengan doktor anda untuk mengetahui lebih lanjut mengenai thalasemia dan ujian kepastian yang boleh dilakukan.

Call/whatsapp 03-42663686/011-52300300

Baby saya kena Eczema Dr, nak buat macam mana ni?

Baby saya kena Eczema Dr, nak buat macam mana ni?
Apa itu Eczema dan bagaimana nak merawat?
Eczema (Atopic Dermatitis) ialah keadaan yang mana kulit menjadi radang dengan simptoms ruam merah, gatal, kulit kering dan merekah. Tempat yang biasa terjadi pada bayi adalah pada pipi dan dagu, leher, pelipat siku dan lutut dan juga belakang telinga. Juga boleh berlaku pada badan.
Ianya adalah penyakit keturunan dan biasanya baby/ahli keluarga lain akan ada asthma atau allergy rhinitis, orang melayu panggil resdung.
Eczema boleh menjadi teruk dan menjadi kurang pada masa-masa tertentu. Ini boleh disebabkan oleh faktor-faktor seperti terdedah kepada bahan yang allergy ataupun kulit menjadi kering. Allergy boleh datang dari persekitaran seperti bahan kimia dalam asap rokok, dari makanan seperti telur atau protein-protein lain, dari pakaian bayi atau tempat tidur dan tempat permainan mereka.
Jadi bagaimana nak merawat eczema? Dah p jumpa specialist kt Private Hospital bayar beribu-ribu pun xbaik jugak.
Memang betul, sebab sehingga sekarang tiada ubat untuk merawat eczema. Dan tidak ada rawatan alternatif/tradisional yang benar-benar terbukti dapat merawat eczema. Eczema akan berkurang secara sendiri apabila baby meningkat usia remaja dan dewasa. Begitu juga dengan penyakit allergy-allergy lain seperti asthma.
So mcm mana nak buat? Rawatan hanya diberikan untuk merawat simptoms semasa eczema menjadi teruk. Selepas itu menjadi tanggungajawab ibu bapa/penjaga untuk memastikan eczema tidak menjadi teruk semula dengan mejaga persekitaran dan mengawasi pemakanan bayi tersebut.
Rawatan yang boleh diberikan adalah berbentuk cream dan ubat antihistamine untuk mengurangkan gatal.
Bagi eczema yang ringan, tidak perlu untuk memberikan cream steroid kepada bayi terutama kepada bayi kecil kurang dari setahun. Contoh cream tanpa steroid yang sesuai untuk eczema adalah seperti Ezzera Dan Tricera.
Boleh dapatkan Ezzera dan Tricera di Poliklinik Az-Zaara pada harga istimewa.
Call/Whatssapp 03-42663686/011-52300300

IBU YANG ISTIMEWA


Pengalaman ibu-ibu semasa mengandung berbeza setiap orang. Ada yang senang, tiada masalah semasa mengandung, ada juga yang banyak komplikasi semasa mengandung, perlu makan macam-macam ubat, banyak kali kena scan, temujanji doktor dan kena cucuk ambil darah. Bila kena macam tu rasa serik dan rasa tak nak mengandung lagi. Ditambah lagi dengan berat badan naik, hilang bentuk badan yang menarik. Ini semua faktor biasa yang membuatkan ibu rasa dah tak nak mengandung lagi.
Tetapi selepas bersalin, semua kesusahan semasa mengandung seperti tak pernah berlaku. Kegembiraan yang amat luar biasa dirasakan sehingga kesusahan sewaktu mengandung tidak lagi terlekat di memori. Kegembiraan mendukung bayi yang baru lahir yang masih lagi berlumuran darah pasti tidak akan dilupakan oleh ibu-ibu walaupun sudah mempunyai ramai anak. Setiap detik itu pasti diingati sehingga akhir nyawa.
Namun apabila bayi membesar, pelbagai karenah mereka terpaksa dilayani. Perlu berjaga malam, tidak cukup tidur, penat, terpaksa membahagikan masa berehat selepas kerja dengan masa melayan karenah anak dan waktu makan anak-anak yang seperti 'berperang' untuk memastikan mereka makan makanan yang berkhasiat. Kemudian terpaksa menahan kesedihan melihat anak tersebut sewaktu mereka sakit demam. Ini semua sebahagian dari kesusahan yang dialami oleh ibu sewaktu melihat anak-anak mereka membesar.
Apa yang istimewa bagi ibu-ibu ini adalah, apabila anak-anak mereka semakin besar, mereka pula merindui waktu-waktu mengandung. walaupun sesetengahnya mengalami pengalaman pahit semasa mengandung. Keinginan untuk mengandung semula walaupun mengetahui semua kesusahan dan risiko ini yang menjadikan mereka insan yang sangat istimewa.
Namun, risiko ini perlu ditangani dengan baik. Sebaiknya berbincang dengan doktor sekiranya ibu-ibu ingin mengandung kerana kandungan yang dirangcang biasanya lebih rendah risikonya.
Jadi, rancang, bersedia dari segi fizikal dan mental dan dapatkan nasihat dari doktor anda sebelum mengandung.
Call/Whatsapp 0342663686/01152300300

Muntah-muntah semasa mengandung.


Ramai yang mengalami muntah-muntah semasa mengandung. Namun ramai yang tersilap menganggap ia adalah hanya alahan mengandung.
Banyak sebab mengapa ibu-ibu mengandung boleh muntah-muntah sepanjang kandungan.
Alahan mengandung atau Hyperemesis Gravidarum biasanya hanya berlaku sehingga minggu ke12 kandungan sahaja dan mungkin berlanjutan sehingga awal trimester ke-2. Untuk bacaan lanjut boleh ke artikel ini
Sekiranya selepas 12 minggu masih mengalami muntah-muntah, ianya mungkin disebabkan oleh sebab lain.
Antara sebab lain yang perlu diperiksa adalah seperti
1. Gastrtitis
Gastritis kerap menyerang ibu mengandung terutama pada lewat kandungan kerana rahim yang membesar menekan perut dan menyebabkan reflux. Ini mungkin akan menjadi lebih teruk jika ibu telahpun mengalami penyakit gastritis sejak sebelum mengandung.
Gastitis juga boleh berlaku disebabkan oleh pengambilan iron tablet. namun tidak disarankan untuk berhenti dari mengambil iron tablet kerana ia sangat penting semasa mengandung. Jika ini berlaku, berbincang dengan doktor tentang langkah seterusnya untuk mengelakkan gatritis dari berulang.
2. Jangkitan salur kencing.
Jangkitan salur kencing kerap berlaku pada ibu mengandung. Ia bukan sahaja boleh menyebabkan masalah seperti muntah-muntah pada ibu mengandung, ia juga boleh menyebabkan risiko kelahiran awal (preterm labour) jika tidak dikawal. Ujian air kencing dapat menentukan sama ada Puan mengalami jangkitan salur kencing ataupun tidak.
3. Keracunan makanan yang ringan juga boleh menyebabkan muntah-muntah sepanjang mengandung. Namun biasanya ia dapat dikesan dengan mudah oleh ibu mengandung kerana datang bersama sakit perut yang memulas-mulas dan cirit-birit. Namun jika keracunan yang ringan dan tidak melibatkan symptoms lain, maka ia lebih sukar untuk dikenalpasti.
Muntah-muntah semasa mengandung boleh membahayakan kandungan di dalam rahim. Ibu tidak dapat memberikan nutrient penting kepada bayi dalam kandungan. Ibu juga akan mengalami berat badan yang rendah atau statik sepanjang kandungan.
Jadi, jika muntah-muntah semasa mengandung berlaku segera dapatkan pemeriksaan doktor.
Semoga bermanfaat.
Poliklinik Az-Zaara.
Klinik Penjagaan Antenatal Anda.
03-42663686/011-52300300

Rawatan awal eczema

Dr, baby kecil saya ni baru 5 bulan. Tapi eczema dia ni xsurut-surut Dr. Saya bagi susu badan je, xde makanan lain pun.
Rawatan awal eczema adalah pelembap. Tapi kebanyakan pelambap/moisturizer di pasaran mengandungi bahan yang prone to allergy, tidak banyak moisturizer yang hypoallergenic.
Untuk baby kecil, boleh cuba cream Ezerra Plus. Tiada steroid, melembapkan dan membentuk lapisan untuk mengekalkan lembapan selain bahan aktif yang memperbaiki struktur kulit yang rosak akibat eczema.
Boleh dapatkan di Poliklinik Az-Zaara.

Poliklinik Az-Zaara
Call/whatsapp 03-42663686/011-52300300

Postnatal hair loss?

Postnatal hair loss? Rambut gugur selepas bersalin?? argghhhhh
This is seriously no joke! ada ibu2 yg hampir botak dek kerana perkara ini.. =(
Apa yg anda perlu tahu...bagaimana perkara ini berlaku?
1. Pertambahan hormon estrogen semasa hamil
-wanita mempunyai anggaran 100ribu helai rambut. secara purata rambut gugur sebanyak 100 helai sehari. semasa mengandung, hormon estrogen meningkat menyebabkan rambut tumbuh dgn lebih banyak jika dibandingkan dgn yg gugur setiap hari. oleh itu rambut anda biasanya akn lebih tebal dan lebih sihat
2. Penurunan hormon estrogen selepas bersalin
- selepas bersalin hormon estrogen menurun ke tahap normal menyebabkan lebih byk folikel rambut berada dlm keadaan berehat maka lbh byk rambut yang akan gugur
- this can happen as early as 2-3months after delivery!
- and u may continue to experience this until 6-12months post delivery =(
SO, what can u do if this does happen?
1. Potong rambut pendek (spy mudah diurus =) )
2. Elak sikat rambut dalam keadaan basah. keringkan rambut yg basah terlebih dahulu..Lebih baik lagi jika mahu boleh guna sikat kayu yg alurnya jarang2 (sambil2 tu boleh jugak massage kulit kepala ya)
3. Guna shampu yang diperkaya dgn vitamin B atau syampu/krim rambut yang berasakan minyak kelapa
4. Ambil makanan berkhasiat yg diperkaya dgn vitamin B, protein, zat besi, zinc atau gantikan dlm bentuk supplemen (boleh juga teruskan sahaja vitamin prenatal anda-ie obimin/iberet)
JADI.....SEBENARNYA....bukanlah bagai dikata dek org2 dulu kala baby menyembur sbb tu rambut gugur....kejadian adalah suatu kebetulan sahaja.....
Call/whatsapp 03-4263686/011-52300300
Like dan Follow kami untuk update dan info kesihatan bayi dan ibu mengandung.
Baby Jaundice....
Doktor : Baby jaundice kena check darah selalu nak tgk level bilirubin dia.
"Abis tu kesian la baby saya kena cucuk banyak kali..."
"Doktor ni saje xnak bagi orang lain cari makan, nak kena jumpa doktor jugak, pastu asyik suruh buat check darah, nak charge mahal la tu..."
Mesti ramai yang mempersoalkan doktor tu kan? Kalau pesakit mempersoalkan mcm tu sebenarnya bukan salah pesakit, tapi salah doktor..
Haah? doktor tu salah?
Yelah salah sebab xterangkan kenapa kena buat mcm tu. Meh saya yang terangkan kenapa.
First sekali, kenapa terjadinya jaundice pada bayi baru lahir? Meh kita tengok sebab-sebab kenapa jaundice terjadi.
1. Fisiological jaundice
2. Breastfeeding jaundice
3. Pendarahan dalaman spt cephalohematoma semasa bersalin
4. Berbeza jenis darah antara ibu dan bayi.
5. Jangkitan kuman.
6. Fungsi hati yang tidak normal
7. Kekurangan enzim yang penting
8. Sel darah merah yang tidak normal
9. Bayi pra matang/ berat yang terlalu kecil
Em banyak kan sebab kenapa jaundice berlaku. Jadi takkan la satu jenis ubat sapu/ubat makan boleh merawat semua jenis jaundice ni, rawatan doktor untuk setiap jenis ni pun berbeza.
Apa kaedah rawatan jaundice ni sebenarnya.
Senang je. Ada 2 kaedah dlm rawatan jaundice ni.
1. Menurunkan serum bilirubin (yang menyebabkan jaundice) dengan cara phototherapy (jemur bawah cahaya biru) atau pun jika serum bilirubin terlalu tinggi, kena buat exchange transfusion.
2. Merawat sebab kenapa jaundice berlaku, yang ni kena cari dulu punca kenapa jaundice berlaku, dan rawatan kena buat ikut punca.
Contoh ada jangkitan kuman, so kena la bagi antibiotik.
"Tapi ada je baby yang pakai ubat sapu/makan tardisional/supplement lepas tu dah xde jaundice, xpayah jumpa doktor..."
Haa, memang betul. Kalau bernasib baik baby tu cuma jaundice sebab fisiological jaundice or breastfeeding jaundice yang akan hilang sendiri biasa dalam 2 minggu, xpela. Doktor pun xbuat apa-apa kalau pesakit mcm tu, just amik darah untuk monitor serum bilirubin je. Nak make sure level tak terlalu tinggi. Tapi kalau xbernasib baik, jaundice sebab lain, pakai je ubat mcm tu memang la xkan baik.
"So ubat/jamu nak baikkan jaundice baby yang banyak orang jual tu tak betul la?"
"Em saya tak tahu nak jawab, sebab saya tak tahu pasal ubat/jamu tu...Tetapi melihat kepada konsep rawatan doktor yang merawat bergantung pada kenapa jaundice berlaku, rasanya tak logik la satu ubat boleh merawat semua jenis jaundice xkira sebab kenapa jaundiceberlaku."
" Kalau jaundice teruk, tak dirawat boleh jadi apa?"
Kernicterus. Bilirubin yang terlalu tinggi akan masuk dalam sistem darah otak, dan boleh menyebabkan kerosakan kekal pada otak. Macam-macam boleh berlaku akibat kerosakan otak seperti, hilang pendengaran, cerebral palsy dan macam-macam lagi. jadi berbaloi kah amik darah banyak kali untuk mengelak penyakit yang kekal seumur hidup ni?
Anda komen sendiri la.

Call/whatsapp 03-42663686/011-52300300