Tuesday 4 April 2017

Selamat tak ubat ni?

Kesan ubat kepada ibu mengandung dan anak dalam kandungan.

Ramai ibu mengandung yang sakit yang memerlukan ubat. Namun selamatkah ubat tersebut?

Perlu diketahui ada beberapa jenis ubat yang tidak sesuai untuk ibu mengandung. Ubat dikira tidak sesuai jika ia membahayakan baby didalam kandungan, membahayakan ibu semasa nak bersalin atau kedua-duanya.

Contoh ubat yang tidak sesuai digunakan dan effect ubat tersebut kepada kandungan.

1. Ubat tahan sakit spt Voltaren, synflex dan lain-lain. Ianya amat tidak sesuai digunakan terutama pada peringkat akhir kandungan kerana sangat berisiko menyebabkan masalah jantung berlubang pada bayi yang akan lahir.

2. Ubat cairkan darah seperti warfarin. Boleh menyebabkan keguguran dan kematian bayi dalam kandungan.

3. Aspirin. Digunakan pada peringkat awal kandungan untuk mereka yang mengalami darah tinggi semasa mengandung dan yang mengalami keguguran berulang kali pada dos yang rendah. Namun pada akhir kandungan, aspirin berisiko menyebabkan pendarahan dan jantung baby yang tidak normal.

4. Antibiotic seperti Tetracyclin untuk rawatan acne dan lain-lain, ciprofloxacin dan sulfur group seperti Bactrim unutk rawatan jangkitan salur kencing sangat tidak sesuai sewaktu mengandung. Sangat berisiko menyebabkan birth defect dan kematian bayi dalam kandungan.

5. Ubat tidur dan penenang, juga tidak sesuai untuk ibu mengandung. Berisiko menyebabkan bayi tidak aktif/tidur sewaktu dilahirkan jika digunakan hampir pada waktu bersalin dan jika digunakan awal kandungan berisiko menyebabkan birth defects.

6. Ubat darah tinggi. Dalam banyak-banyak jenis ubat darah tinggi, hanya ada beberapa jenis sahaja yang selamat digunakan semasa mengandung. Jadi pastikan ibu yang mengalami darah tinggi berbincand dengan doktor jika anda bercadang untuk mengandung atau pun mengesyakki anda mengandung.

Ada juga ubat yang tidak dapat dibuktikan selamat atau berbahaya untuk ibu mengandung, namun tetap digunakan kerana kebaikan dari ubat tersebut melebihi risiko yang berkaitan ubat tersebut. Sebagai contoh :

1 Salbutamol (ventolin)- digunakan jika mengalami serangan asma. Jika tidak digunakan kemungkinan membahayakan ibu dan bayi akibat kekurangan oksigen didalam darah. jadi ia digunakan pada waktu diperlukan sahaja dan perlu dipantau.

Antara contoh ubat yang selamat digunakan sewaktu mengandung adalah seperti:

1. Paracetamol (panadol). Paracetamol adalah selamat digunakan sewaktu mengandung. Boleh digunakan untuk demam dan sakit-sakit badan, sakit kepala dan lain-lain.

2. Ubat selsema (antihistamine). Ubat selsema tanpa mengandungi decongestant seperti pseudoephidrine adalah selamat. Ubat seperti piriton, cetrizine dan loratadine adalah termasuk dalam ubat yang boleh digunakan jika perlu. Ubat selsema yang mengandungi decongestant seperti actifed dan clarinase adalah tidak sesuai.

3. Ubat batuk, kebanyakan ubat batuk adalah tidak sesuai untuk ibu mengandung. Rawatan tanpa ubat boleh dilakukan seperti banyakan minum air kosong dan lozenges untuk mengurangkan sensation untuk batuk. Sekiranya batuk berlarutan perlu dapatkan pemeriksaan lengkap dari doktor.

4. Ubat sakit perut. Sekiranya ibu mengalami sakit perut gastrik, ubat antacid seperti MMT atau Gaviscon adalah selamat. Ubat gastrik seperti Ranitidine (zantac) boleh digunakan jika perlu. Namun ubat seperti Nexium dan Losec adalah tidak selamat.

Ada banyak lagi ubat yang selamat untuk ibu mengandung. Jadi jika tidak pasti, jangan mengambil risiko sendiri. Bertanyalah kepada Doktor anda untuk maklumat lanjut.

Semoga bermanfaat.

Poliklinik Az-Zaara
Pusat Penjagaan Antenatal Pilihan Anda
03-42663686/011-52300300

No comments:

Post a Comment