Wednesday 1 March 2017

Saya mengandung, xsuka minum susu, boleh tak ambil Tablet Kalsium?


Em mesti ramai pregnant mommies yang tanya macam ni kan?
Boleh ke?
Actually xde sebarang masalah nak ambil Tab Calcium or any supplements yang ada calcium. Cuma ada SATU je pantang larangnye.
Calcium penting untuk pembentukan tulang bayi dan memperkuatkan tulang ibu semasa mengandung. Jadi ia sangat penting.
Berapa banyak calcium diambil tu xlah begitu penting, apa yang lebih penting ialah berapa banyak yang boleh diserap oleh badan? Macam mana kalsium diserap oleh badan? Penyerapan calcium sangat dibantu oleh vitamin D. Sejenis vitamin yang tidak didapati secara semulajadi oleh badan. So macam mana nak dapat vitamin D?
Ada 3 cara iaitu
1. Daripada kulit, Apabila terdedah kepada matahari, kulit akan membentuk vitamin D active yang dapat membantu menyerap calcium.
2. Daripada makanan yang kaya vitamin D seperti telur kuning, ikan dan lain2.
3. Supplement yang mengandungi active vitamin D.
So kena ambil sekali dengan vitamin D ke? Biasanya tak perlu. Orang yang tidak ada masalah kesihatan biasanya mempunyai cukup bekalan vitamin D untuk membantu penyerapan calcium. Cuma kena pastikan dapatkan makanan yang berkhasiat dan cukup semua kelas makanan. Dan jangan mengelak dari cahaya matahari terutama cahaya matahari pada awal pagi.
So Tablet calcium ni kena ambil sebelum atau selepas makan?
Boleh diambil sebelum atau selepas makan. Walaupun dengan perut kosong.
Jadi apa satu pantang larang tadi?
Haa, kan ibu mengandung selalu kena ambil tablet zat besi/obimin.iberet/zinc coffer dan sebagainya yang mengandungi zat besi untuk tambah darah semasa mengandung, jadi calcium akan membantutkan penyerapan zat besi. jadi tak boleh diambil sekali dalam waktu yang sama/dekat. Pastikan jarak sekurang-kurangnya 4 jam di antara kedua-dua tablet ini.
Ok, semoga bermanfaat.
Poliklinik Az-Zaara
Pusat Penjagaan Antenatal Pilihan Anda
03-4263686/011-52300300

No comments:

Post a Comment