Wednesday 1 March 2017

Nak bersalin Czer ke normal?


Ramai ibu yang pertama kali mengandung terfikir yang mana satu akan mereka hadapi sewaktu bersalin nanti?
Kenapa kena czer?
Kenapa tak boleh bersalin normal?
Ada juga yang saje-saje nak bersalin czer sebab tak nak sakit.
Jom saya share ckit kenapa ada ibu yang kena bersalin czer dan ada yang boleh bersalin normal.
Czer ni ada beberapa jenis. Ada yang kita panggil elektif czer dan ada emergency czer.
Secara umumnya, bersalin secara czer adalah sangat selamat. Kadar kematian/kecacatan akibat czer adalah sangat rendah. Namun ia tetap memberi sedikit risiko kepada bayi dan ibu. Secara umumnya, boleh dikatakan czer lebih kepada menyelamatkan bayi dalam kandungan berbanding bersalin secara normal untuk keadaan2 tertentu. Dengan kata lain, jika czer tidak dilakukan, keselamatan bayi dalam kandungan sukar dipastikan.
Elektif czer ni ialah operation czer yang dirancang dari awal kerana masalah perubatan yang tidak dapat dielakkan. Jadi persediaan awal telah dilakukan untuk memaksimumkan kesihatan bayi dan ibu sewaktu operation dilakukan. Jadi risiko berlaku masalah sewaktu operation adalah lebih kecil.
Manakal emergency czer pula adalah dimana ibu dibenarkan untuk bersalin secara normal, namun akibat masalah perubatan pada ibu/bayi berlaku menyebabkan czer secara emergency perlu dilakukan. Oleh sebab keputusan perlu dilakukan dengan segera, persediaan adalah sangat terhad, jadi risiko berlaku masalah sewaktu operasi lebih tinggi dari elektif czer.
Indikasi untuk elektif czer ialah :-
1. Placenta previa (uri kat bawah, menghalang laluan baby keluar secara normal)
2. Kedudukan baby songsang
3. Czer 2 kali sebelum ini.
4. Baby yang terlalu besar akibat kencing manis ibu mengandung yang tidak terkawal.
5. Masalah kesihatan ibu seperti ibu yang mempunyai HIV positive dan lain-lain.
Indikasi untuk emergency czer pula:-
1. Fetal distress seperti tali pusat terbelit, tersangkut bahu, baby telah berak dalam perut dan lain-lain.
2. Maternal distress seperti ibu mengalami darah tinggi secara tiba-tiba, sawan, tumpah darah terlalu banyak dan lain-lain.
Apa masalah2 komplikasi yang mungkin berlaku akibat czer (elektif/emergency):-
1. Bleeding akibat operation
2. masalah akibat anesthesia, bergantung kepada jenis anethesia yang digunakan sewaktu czer.
3. Darah beku pada kaki dan dibawa kepada paru-paru (pulmonary embolism).
4. Kecederaan pada organ-organ disekitar rahim semasa pemotongan dilakukan, paling banyak kecederaan berlaku pada pundi kencing.
5. Risiko jangkitan kuman selepas operation
6. Risiko jahitan yang lekang selepas operation.
Dan lain-lain risiko
Jadi, keputusan untuk melakukan czer perlu dilakukan dengan teliti agar risiko komplikasi seperti ini dapat dikurangkan.
Biasanya keputusan ini perlu mendapat kelulusan dari pakar yang menjaga ibu-ibu yang bersalin itu. Jadi, usah khuatir jika Puan-Puan akan bersalin secara czer kerana keputusan itu adalah dari mereka yang pakar.
Semoga bermanfaat.
Poliklinik Az-Zaara
Pusat Penjagaan Antenatal Pilihan Anda.
03-42663686/011-52300300
Image may contain: one or more people and shoes

No comments:

Post a Comment