Tuesday 7 March 2017

Bila waktu subur untuk mengandung?



Waktu yang paling subur ialah sewaktu ovulasi berlaku. Dimana sel telur (Ovum) dilepaskan dari ovari untuk disenyawakan.

Selepas dilepaskan dari ovari, ovum mempunyai jangka hayat diantara 1-2 hari. 

Sperma pula mempunyai jangka hayat diantara 3 hingga 5 hari jika berada didalam rahim sewaktu ovulasi berlaku.

Bagi wanita yang mempunyai kitaran haid yang normal, ovulasi biasanya berlaku pada hari ke 14, kiraan bermula dari hari pertama period datang (sebagai hari pertama kitaran haid).

Jadi waktu subur adalah dari hari ke 9 hingga ke hari 16 di dalam kitaran haid.

Ramai yang tidak faham kenapa ini berlaku sedangkan ovulasi hanya berlaku pada hari ke-14.

Ini kerana jika hubungan seks berlaku pada hari ke 9, sperma yang dilepaskan didalam rahim mungkin akan hidup di dalam rahim selama 5 hari dan boleh mensenyawakan ovum yang akan dilepaskan pada hari ke 14. Jadi persenyawaan masih boleh berlaku.

Pada hari ke-16 pula, ovum mungkin masih hidup di dalam rahim dan jika hubungan seks berlaku dan sperma dilepaskan pada hari tersebut, sperma masih boleh mensenyawakan ovum yang dilepaskan 2 hari sebelum itu.

Ini adalah antara kenapa contraception mengikut kalendar selalu tidak berjaya kerana pasangan hanya menganggap waktu subur hanyalah pada hari ke-14.

Jadi, jika Puan-puan ingin mengandung lagi, pastikan hubungan seks dilakukan secara kerap pada hari ke-9 hingga ke hari ke-16 mengikut kitaran haid anda.

Namun ini hanyalah secara teori dimana kitaran haid tetap untuk 28 hari. Kebanyakan wanita mempunyai kitaran haid yang berbeza. Jadi waktu ovulasi juga berbeza diantara satu wanita dengan yang lain.

Semoga bermanfaat.

Poliklinik Az-Zaara
Pusat Penjagaan Antenatal Pilihan Anda
03-42663686/011-52300300No automatic alt text available.

No comments:

Post a Comment