Thursday 16 March 2017

Ovarian Cyst, gigi dan rambut dalam cyst?

Saya scan nampak ada cyst di ovari saya. Bahaya tak?

Kawan saya operate ovarian cyst, ada gigi dan rambut dalam cyst tu? Haah? Macam mana boleh jadi macam tu?

Ok, ovarian cyst ni kebanyakannya tidak berbahaya. Ada yang berlaku akibat daripada normal menstrual cycle. Contoh seperti corpus luteal cyst, thecal cyst dan follicular cyst. Cyst jenis seperti ini tidak berbahaya dan kebiasaannya akan hilang sendiri. So tak perlu risau pasal cyst yang seperti ini.

Cyst lain yang terjadi bukan daripada proses yang normal ialah seperti :-
1. Endometriosis cyst atau nama lain ialah chocolate cyst. Terjadi daripada darah yang terhasil akibat endometriosis.
2. Polycystic ovarian cyst
3. Dermoid cyst
4. Ovarian serous cystadenoma
5. Ovarian mucinous cystadenoma
6. Paraovarian cyst
7. Cystic adenofibroma
8. Borderline tumoral cysts

Cyst yang seperti ini, jika membesar akan menyebabkan masalah kerana menghimpit organ-organ lain di sekitar perut dan boleh menyebabkan kesakitan yang amat sangat jika cyst tersebut terpusing (twisted ovarian cyst). Jika ini berlaku, pembedahan segera perlu dilakukan untuk membuang cyst tersebut.

Jadi berbalik kepada cerita ada gigi dan rambut dalam cyst tadi, ia adalah sejenis cyst yang agak jarang berlaku. Ia adalah sejenis Dermoid Cyst. Dermoid cyst adalah sejenis ketumbuhan yang tumbuh dari sel-sel yang berkembang. Jadi ia berpeotensi menjadi organ-organ yang lengkap di dalam cyst tersebut seperti gigi, rambut, mata dan lain-lain. Ya ia pelik tetapi benar.

Jadi perlu dapatkan pemeriksaan berkala dan lakukan imbasan ultrasound untuk memastikan tiada ketumbuhan di cyst.

Poliklinik Az-Zaara
Pusat Ultrasound Diagnostik Pilihan Anda
03-42663686/011-52300300

Mature cystic teratoma of ovary.jpg

Tuesday 7 March 2017

Bila waktu subur untuk mengandung?



Waktu yang paling subur ialah sewaktu ovulasi berlaku. Dimana sel telur (Ovum) dilepaskan dari ovari untuk disenyawakan.

Selepas dilepaskan dari ovari, ovum mempunyai jangka hayat diantara 1-2 hari. 

Sperma pula mempunyai jangka hayat diantara 3 hingga 5 hari jika berada didalam rahim sewaktu ovulasi berlaku.

Bagi wanita yang mempunyai kitaran haid yang normal, ovulasi biasanya berlaku pada hari ke 14, kiraan bermula dari hari pertama period datang (sebagai hari pertama kitaran haid).

Jadi waktu subur adalah dari hari ke 9 hingga ke hari 16 di dalam kitaran haid.

Ramai yang tidak faham kenapa ini berlaku sedangkan ovulasi hanya berlaku pada hari ke-14.

Ini kerana jika hubungan seks berlaku pada hari ke 9, sperma yang dilepaskan didalam rahim mungkin akan hidup di dalam rahim selama 5 hari dan boleh mensenyawakan ovum yang akan dilepaskan pada hari ke 14. Jadi persenyawaan masih boleh berlaku.

Pada hari ke-16 pula, ovum mungkin masih hidup di dalam rahim dan jika hubungan seks berlaku dan sperma dilepaskan pada hari tersebut, sperma masih boleh mensenyawakan ovum yang dilepaskan 2 hari sebelum itu.

Ini adalah antara kenapa contraception mengikut kalendar selalu tidak berjaya kerana pasangan hanya menganggap waktu subur hanyalah pada hari ke-14.

Jadi, jika Puan-puan ingin mengandung lagi, pastikan hubungan seks dilakukan secara kerap pada hari ke-9 hingga ke hari ke-16 mengikut kitaran haid anda.

Namun ini hanyalah secara teori dimana kitaran haid tetap untuk 28 hari. Kebanyakan wanita mempunyai kitaran haid yang berbeza. Jadi waktu ovulasi juga berbeza diantara satu wanita dengan yang lain.

Semoga bermanfaat.

Poliklinik Az-Zaara
Pusat Penjagaan Antenatal Pilihan Anda
03-42663686/011-52300300No automatic alt text available.

Friday 3 March 2017

Epidural Anesthesia

Menggunakan Epidural Semasa Bersalin: Kebaikan Dan Risiko
Bius epidural adalah antara kaedah yang popular untuk melegakan kesakitan semasa bersalin. Statistik menunjukkan lebih daripada 50% wanita bersalin di hospital menggunakan bius epidural.
Memahami jenis epidural, bagaimana ia diberikan, manfaat dan risiko epidural akan membantu anda dalam membuat keputusan semasa bersalin, sama ada mahu atau tidak menggunakan epidural atau tidak.
Apakah bius epidural?
Bius epidural adalah bius yang menghalang kesakitan di bahagian tertentu badan. Epidurals menghalang isyarat sakit bahagian perut semasa bersalin dari sampai ke otak, dengan cara menghalang isyarat tersebut di tulang belakang.
Bagaimanakah epidural diberikan?
Epidural diberikan di bahagian belakang pinggang. Ia boleh diberikan dalam posisi duduk dan membongkok kedepan atau dalam posisi baring.
Kawasan belakang pinggang akan dibersihkan untuk mengelakkan jangkitan. Kemudian suntikan "local anesthesia" akan diberikan di tempat epidural akan dicucuk supaya tidak menyebabkan kesakitan semasa jarum dimasukkan. Selepas kawasan tersebut kebas, barulah jarum halus untuk bius epidural akan dimasukkan sehingga keluar cecair air tulang belakang. Ini menunjukkan jarum berada pada lokasi yang tepat.
Selepas itu, satu tiub yang kecil akan dimasukkan melalui jarum ke dalam ruang epidural. Selepas itu, jarum dengan berhati-hati akan dikeluarkan, meninggalkan kateter di dalam sebagai laluan untuk memasukkan ubat bius ke epidural.
Apakah kebaikan bius epidural?
1.Membolehkan anda untuk berehat jika proses bersalin anda berpanjangan.
2. Dengan mengurangkan ketidakselesaan melahirkan anak, ada wanita yang mengalami pengalaman kelahiran yang lebih positif.
Biasanya, epidural akan mengekalkan anda sedar dan berinteraksin dengan mereka di sekeliling.
.
3. Jika anda perlu melalui cesarean, bius epidural akan membuatkan anda sedar dan juga menghilangkan kesakitan yang semasa operation tersebut.
Apakah risiko bius epidural?
1. Epidurals boleh menyebabkan tekanan darah anda untuk tiba-tiba jatuh.
2. Anda mungkin mengalami sakit kepala yang teruk akibat dari epidural. Sakit kepala ini mungkin berpanjangan walaupun selepas bersalin dan berlarutan. Namun amat sedikit mereka yang mengalami simptom seperti ini.
3. Anda mungkin mengalami kesan sampingan seperti menggigil, deringan dalam telinga, sakit belakang, kesakitan di mana jarum dimasukkan, loya, atau sukar membuang air kecil.
4. Untuk beberapa jam selepas kelahiran, bahagian bawah tubuh anda mungkin berasa kebas dan memerlukan anda untuk berjalan dengan bantuan.
5. Risiko proses bersalin mungkin berpanjangan sehingga menyebabkan perlunya bantuan untuk melahirkan anak seperti forceps dan vacuum. Jika baby tidak turun-turun juga mungkin akan membawa kepada cesearean.
Jadi, fahami kebaikan dan risiko epidural akan membantu anda membuat keputusan terbaik semasa bersalin nanti.
Poliklinik Az-Zaara
Pusat Penjagaan Antenatal Pilihan Anda
03-42663686/011-52300300

Wednesday 1 March 2017

Kena induce/paksa bersalin?

Ibu2/Puan2 pernah dgr pasal 'induce'? induction of labour? proses mempercepatkan bukaan rahim secara paksaan?
-----------------------------------------------------------------------------
Mengapa perlu di 'induce'??
-kandungan sudah melepasi tarikh EDD...kebanyakan hospital skrg membenarkan hanya overdue 7hari dari tarikh EDD..(hanya jika tiada apa2 komplikasi terhadap ibu dan bayi)
-puan2 telah pecah air ketuban tetapi tiada progress dalam proses kelahiran contohnya contraction tidak kuat maka Dr akan induce puan utk membantu proses kelahiran
-Dr akan induce jika bayi kelihatan spt tidak membesar, uri tidak mampu lg berfungsi dgn bgs atau air ketuban kelihatan sedikit
-puan2 menghidap 'pre-eclampsia' iaitu tekanan darah tinggi yg tidak terkawal yang boleh membahayakan nyawa ibu dan bayi
-puan2 menghidap diabetes, darah tinggi, penyakit buah pinggang atau lain2 masalah kesihatan kronik yg boleh mengganggu peredaran darah ke bayi melalui uri seterusnya mengganggu tumbesaran atau kesihatan bayi
Nak tahu antara cara 'natural induction'?
Ialah bersama dgn suami puan2....kerana air mani mengandungi prostaglandin yg mempunyai efek yg sama dgn ubat yg digunakan oleh para Dr utk induce si isteri..so encik2 abang2 klu xmahu isteri2 kesayangan anda melalui proses induction yg agk sakit tu..make love with ur wives... at least sedikit sebanyak membantu..
mudah2an, inshaAllah....
*berbincang dgn Dr sakit puan anda utk mengetahui dgn lbh lanjut ya..
*silakan juga tag suami masing2 ya ('*,)
Poliklinik Az-Zaara
Pusat Penjagaan Antenatal Anda
Call/whatsapp 03-42663686/011-52300300Image may contain: text

Small gesture that melts our heart●


Jutaan tahniah di atas kelahiran cahayamata Puan Suhaini Daud dan suami ; antara pelanggan antenatal follow-up kami di Poliklinik Az-Zaara.
Terima kasih atas pemberian cenderahati dan Team Poliklinik Az-Zaara mendoakan :
“Barakallahu laka fil mauhub, wa syakarta al wahib, wa balagha asyuddahu, wa ruziqta birrahu.”
Maksudnya : Semoga Allah memberkati kamu pada anak yang dikurniakanNya kepada kamu, semoga kamu mensyukuri Tuhan Yang Maha Pemberi, semoga anak itu akan mencapai umur kuat/matangnya dan semoga kamu akan diberi rezeki kebaikannya.
Pusat penjagaan antenatal pilihan anda
Like dan follow FB Page kami untuk maklumat dan promosi terkini.No automatic alt text available.

Saya mengandung, xsuka minum susu, boleh tak ambil Tablet Kalsium?


Em mesti ramai pregnant mommies yang tanya macam ni kan?
Boleh ke?
Actually xde sebarang masalah nak ambil Tab Calcium or any supplements yang ada calcium. Cuma ada SATU je pantang larangnye.
Calcium penting untuk pembentukan tulang bayi dan memperkuatkan tulang ibu semasa mengandung. Jadi ia sangat penting.
Berapa banyak calcium diambil tu xlah begitu penting, apa yang lebih penting ialah berapa banyak yang boleh diserap oleh badan? Macam mana kalsium diserap oleh badan? Penyerapan calcium sangat dibantu oleh vitamin D. Sejenis vitamin yang tidak didapati secara semulajadi oleh badan. So macam mana nak dapat vitamin D?
Ada 3 cara iaitu
1. Daripada kulit, Apabila terdedah kepada matahari, kulit akan membentuk vitamin D active yang dapat membantu menyerap calcium.
2. Daripada makanan yang kaya vitamin D seperti telur kuning, ikan dan lain2.
3. Supplement yang mengandungi active vitamin D.
So kena ambil sekali dengan vitamin D ke? Biasanya tak perlu. Orang yang tidak ada masalah kesihatan biasanya mempunyai cukup bekalan vitamin D untuk membantu penyerapan calcium. Cuma kena pastikan dapatkan makanan yang berkhasiat dan cukup semua kelas makanan. Dan jangan mengelak dari cahaya matahari terutama cahaya matahari pada awal pagi.
So Tablet calcium ni kena ambil sebelum atau selepas makan?
Boleh diambil sebelum atau selepas makan. Walaupun dengan perut kosong.
Jadi apa satu pantang larang tadi?
Haa, kan ibu mengandung selalu kena ambil tablet zat besi/obimin.iberet/zinc coffer dan sebagainya yang mengandungi zat besi untuk tambah darah semasa mengandung, jadi calcium akan membantutkan penyerapan zat besi. jadi tak boleh diambil sekali dalam waktu yang sama/dekat. Pastikan jarak sekurang-kurangnya 4 jam di antara kedua-dua tablet ini.
Ok, semoga bermanfaat.
Poliklinik Az-Zaara
Pusat Penjagaan Antenatal Pilihan Anda
03-4263686/011-52300300

Nak bersalin Czer ke normal?


Ramai ibu yang pertama kali mengandung terfikir yang mana satu akan mereka hadapi sewaktu bersalin nanti?
Kenapa kena czer?
Kenapa tak boleh bersalin normal?
Ada juga yang saje-saje nak bersalin czer sebab tak nak sakit.
Jom saya share ckit kenapa ada ibu yang kena bersalin czer dan ada yang boleh bersalin normal.
Czer ni ada beberapa jenis. Ada yang kita panggil elektif czer dan ada emergency czer.
Secara umumnya, bersalin secara czer adalah sangat selamat. Kadar kematian/kecacatan akibat czer adalah sangat rendah. Namun ia tetap memberi sedikit risiko kepada bayi dan ibu. Secara umumnya, boleh dikatakan czer lebih kepada menyelamatkan bayi dalam kandungan berbanding bersalin secara normal untuk keadaan2 tertentu. Dengan kata lain, jika czer tidak dilakukan, keselamatan bayi dalam kandungan sukar dipastikan.
Elektif czer ni ialah operation czer yang dirancang dari awal kerana masalah perubatan yang tidak dapat dielakkan. Jadi persediaan awal telah dilakukan untuk memaksimumkan kesihatan bayi dan ibu sewaktu operation dilakukan. Jadi risiko berlaku masalah sewaktu operation adalah lebih kecil.
Manakal emergency czer pula adalah dimana ibu dibenarkan untuk bersalin secara normal, namun akibat masalah perubatan pada ibu/bayi berlaku menyebabkan czer secara emergency perlu dilakukan. Oleh sebab keputusan perlu dilakukan dengan segera, persediaan adalah sangat terhad, jadi risiko berlaku masalah sewaktu operasi lebih tinggi dari elektif czer.
Indikasi untuk elektif czer ialah :-
1. Placenta previa (uri kat bawah, menghalang laluan baby keluar secara normal)
2. Kedudukan baby songsang
3. Czer 2 kali sebelum ini.
4. Baby yang terlalu besar akibat kencing manis ibu mengandung yang tidak terkawal.
5. Masalah kesihatan ibu seperti ibu yang mempunyai HIV positive dan lain-lain.
Indikasi untuk emergency czer pula:-
1. Fetal distress seperti tali pusat terbelit, tersangkut bahu, baby telah berak dalam perut dan lain-lain.
2. Maternal distress seperti ibu mengalami darah tinggi secara tiba-tiba, sawan, tumpah darah terlalu banyak dan lain-lain.
Apa masalah2 komplikasi yang mungkin berlaku akibat czer (elektif/emergency):-
1. Bleeding akibat operation
2. masalah akibat anesthesia, bergantung kepada jenis anethesia yang digunakan sewaktu czer.
3. Darah beku pada kaki dan dibawa kepada paru-paru (pulmonary embolism).
4. Kecederaan pada organ-organ disekitar rahim semasa pemotongan dilakukan, paling banyak kecederaan berlaku pada pundi kencing.
5. Risiko jangkitan kuman selepas operation
6. Risiko jahitan yang lekang selepas operation.
Dan lain-lain risiko
Jadi, keputusan untuk melakukan czer perlu dilakukan dengan teliti agar risiko komplikasi seperti ini dapat dikurangkan.
Biasanya keputusan ini perlu mendapat kelulusan dari pakar yang menjaga ibu-ibu yang bersalin itu. Jadi, usah khuatir jika Puan-Puan akan bersalin secara czer kerana keputusan itu adalah dari mereka yang pakar.
Semoga bermanfaat.
Poliklinik Az-Zaara
Pusat Penjagaan Antenatal Pilihan Anda.
03-42663686/011-52300300
Image may contain: one or more people and shoes

Autisme

Autisme Spectrum Disorder
Autisme ni apa ya? Ramai ibu bapa yang takut bila dengar penyakit ni kan?
Tapi tahu kah anda Asperger Syndrome adalah salah satu daripada Autisme Spectrum Disorder. Macam dalam Movie The Accountant lakonan Ben Affleck, pesakit Asperger Syndrome mungkin mempunyai tahap IQ yang lebih tinggi daripada orang biasa walaupun dari segi interaksi sosial agak kurang. 
Mereka mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi terhadap sesuatu perkara yang mereka minati. Ini menyebabkan mereka boleh menjadi lebih berjaya dalam sesuatu bidang yang sangat mereka minati, dalam contoh movie The Accountant tu, dia sangat minat pada nombor dan accounting.
Jadi apa tanda-tanda pesakit Autisme Spectrum Disorder?
Mereka sukar bergaul secara sosial dengan orang disekeliling, termasuk ibu bapa, adik beradik dan rakan sebaya. Masalah ini menyebabkan mereka sering dipulaukan dan mereka lebih gemar bersendirian.
Tingkahlaku yang terhad dan berulang. Macam dalam Movie The Accountant tu, Chris (Ben Affleck) sering mengulang ayat yang sama berulang-ulang kali untuk menenagkan diri.
Mereka juga kurang dalam berkomunikasi dan tidak pandai meluahkan perasaan dan emosi kepada orang lain.
Jadi apakah risiko untuk anak mengalami Autisme Spectrum Disorder?
Umur ibu dan bapa sewaktu menagndung memainkan peranan penting sebagai faktor risiko untuk anak dalam kandungan mengalami Autisme.
Umur ibu yang lebih 40 tahun dan bapa lebih 50 tahun sewaktu menagndung.
Lahir pra matang kurang dari 33 minggu.
Neonatal encephalopathy (kecederaan otak sewaktu kelahiran) contoh akibat proses bersalin yang terlalu lama, baby tersangkut, tali pusat terblit dan lain-lain.
Dan sejarah keluarga yang ada mengalami autisme.
Dan untuk pengetahuan, vaksin TIDAK menyebabkan autisme.
Semoga bermanfaat.
Poliklinik Az-Zaara
Pusat Penjagaan Antenatal Pilihan Anda
03-42663686/011-52300300
Semoga bermanfaat.

https://www.facebook.com/poliklinikazzaaraampang/photos/a.1709422462639150.1073741828.1709294699318593/1836317713282957/?type=3&theater

Image may contain: one or more people

10 Perkara Penting Pastikan Kandungan Sihat.


Semasa mengandung, banyak pantang larang yang perlu dielakkan dan petua yang perlu dilakukan untuk memastikan kandungan sentiasa sihat.
Ini adalah 10 perkara penting yang mesti dilakukan semasa mengandung untuk memastikan kandungan sihat.
1. Folic Acid perlu diambil 2-3 bulan sebelum merancang untuk mengandung, supaya kandungan folic acid dalam badan ibu mencukupi untuk pembentukan saraf tunjang dan otak bayi semasa awal kandungan.
2. Apabila disahkan mengandung, buat scan awal pada 8-12 minggu untuk sahkan tarikh dijangka bersalin. Scan pada waktu ini akan mengambil ukuran CRL (crown rump length) untuk mengira usia kandungan. Waktu ini adalah waktu terbaik dan paling tepat untuk tentukan tarikh dijangka bersalin.
3. Makan makanan berkhasiat dan jauhi makanan/perbuatan yang membahayakan kandungan seperti morokok/minum minuman beralkohol.
4. Buat antenatal checkup yang lengkap. Jangan buat ala kadar je. Jumpa doktor yang berpengalaman dalam bidang antenatal keran bukan semua doktor berpengalaman dalam penjagaan antenatal.
5. Bila dah masuk trimester kedua, sebaiknya dapatkan supplement iron seperti Iberet Folic untuk menambah jumlah darah yang semakin diperlukan apabila kandungan semakin membesar.
6. Lakukan pemeriksaan darah, check gula, air kencing dan pemeriksaan tekanan darah secara berkala agar semua normal. Jika terdapat sebarang bacaan yang tidak normal, pemeriksaan lanjut perlu dilakukan.
7. Pada 18-28 minggu, lakukan detail scan untuk memastikan tidak ada sebarang organ utama yang tidak normal, jika ada persediaan yang sesuai semasa bersalin perlu dilakukan.
8. Jaga berat badan semasa mengandung, pastikan kenaikan berat badan adalah sejajar dengan usia kandungan, tidak terlalu banyak dan tidak terlalu sedikit.
9. Lakukan serial growth scan. Untuk memastikan baby dalam kandungan membesar sejajar dengan usia kandungan. Scan ini juga boleh memeriksa sama ada air ketuban cukup atau tidak, dan kedudukan uri dalam rahim, di atas atau di bawah.
10. Jangan lupa lakukan fetal kick chart. cara paling mudah untuk memastikan kandungan sihat.
Semoga bermanfaat.
Poliklinik Az-Zaara
Pusat Penjagaan Antenatal Pilihan Anda
03-42663686/011-52300300

https://www.facebook.com/poliklinikazzaaraampang/posts/1836341309947264

No automatic alt text available.

Vaksin tak perlu cucuk?

Ada tak ibu-ibu yang nak merasa memberikan vaksin sendiri kepada anak mereka? 

Tak perlu Doktor/nurse berikan vaksin kepada anak?
Tak perlu cucuk untuk berikan vaksin kepada anak?
Haah, ada tau vaksin macam ni. Tapi bukan untuk semua penyakit la. Boleh dapatkan vaksin Rotavirus di Poliklinik Az-Zaara sekarang. Ibu boleh berikan sendiri vaksin ni kepada anak jika mahu. Tak perlu cucuk. Cuma perlu suapkan kedalam mulut bayi macam bagi makan ubat dalam syringe.
Senang kan?
Poliklinik Az-Zaara
Pusat Penjagaan Antenatal dan Perubatan Keluarga Pilihan Anda
03-42663686/011-52300300

https://www.facebook.com/poliklinikazzaaraampang/

No automatic alt text available.