Tuesday 18 April 2017

Kopi dan mengandung?



Ramai ibu-ibu yang gemarkan kopi kan? Tetapi kalau mengandung, boleh ke nak minum kopi selalu?

Bila terbayang bau haruman kopi, keenakan espresso dan cappucino, hmmm memang boleh jadi tak tenteram duduk kalau tak dapat minum kan?

Tapi bila dah mengandung ni, boleh ke nak minum kopi macam sebelum mengandung? Nak jugak la lepak-lepak kat cafe untuk borak-borak dgn kawan lepas kerja sambil minum kopi.

Sebenarnya, semasa mengandung, pengambilan caffein secara berlebihan adalah sangat tidak digalakkan. Namun pengambilan kurang dari 200 mg caffein sehari adalah selamat. 200 mg caffein ni lebih kurang dua cawan besar kopi atau empat cawan kecil kopi atau lima tin minuman kola sehari.

So still selamat la kalau setakat nak lepak borak-borak sambil minum secawan dua kopi.

Tapi kan, kenapa kopi ni berbahaya kepada kandungan?

Ini kerana caffein yang terdapat dalam kopi adalah sejenis perangsang (stimulant) yang boleh memberi kesan kepada fungsi badan kita. Ia akan menyebabkan kita lebih fokus, segar dan bertenaga namun menyebabkan sukar tidur, jantung berdenyut lebih laju dan juga bersifat duiretik, iaitu menyebabkan kerap kencing. Caffein yang terlalu banyak dalam sistem darah boleh melepasi placenta dan pergi kepada bayi dalam kandungan dan boleh menyebabkan effect yang sama seperti ibunya. baby akan terlalu aktif dan jantung terlalu laju. Caffein juga dikaitkan dengan keguguran pada trimester pertama. Jadi pada peringkat awal kandungan tu, kalau boleh, elakkan la caffein ya.

Jadi, kalau terasa tak boleh nak tinggalkan kopi semasa mengandung, boleh teruskan minum kopi, tetapi pada kadar yang lebih sedikit dari biasa. Sebelum 12 minggu, kalau boleh elakkan terus, selepas itu cuba kurangkan tidak melebihi 200 mg caffein sehari.

Semoga bermanfaat.

Poliklinik Az-zaara
Pusat Penjagaan Antenatal Pilihan Anda
03-42663686/011-52300300
Image may contain: coffee, coffee cup and drink

Wednesday 12 April 2017

Perut ibu mengandung besar dan tegang, mungkin tanda baby ada masalah perut. Bukan sebab mengandung baby boy.

Ada seorang ibu ni datang dengan perut yang agak besar dari sepatutnya. Dia baru 32 minggu, tetapi perutnya agak besar dari sepatutnya. Bila ditanya, katanya sebab mengandung anak lelaki, memang perut besar sedikit. mengikut kata orang tuanya.

Sukar mempercayai kenyataan tersebut, doktor tersebut terus melakukan beberapa pemeriksaan kepada ibu mengandung tersebut. Didapati air ketuban dalam kandungan ibu tersebut sangat tinggi, 28 berbanding 8-20 yang sepatutnya. Pemeriksaan lain mendapati ibu mempunyai bacaan gula yang normal, jadi dia tidak menghidap kencing manis yang biasa menyebabkan air ketuban banyak. Berat bayi dalam kandungan juga normal.

Keadaan ini menyebabkan ibu tersebut dirujuk kepada Pakar Sakit Puan.

Semasa temujanji dengan pakar, ujian ultrasound dilakukan sekali lagi dan menunjukkan jumlah air ketuban yang tinggi. Dan pemeriksaan lanjut juga mendapati struktur perut bayi yang tidak normal. Laluan dari perut ke usus kecil adalah sangat sempit dan kelihatan seperti tiada laluan langsung. Doktor pakar tersebut menerangkan kepada ibu tentang keadaan tersebut, keadaan itu berkemungkinan besar adalah apa yang disebut Duodenal Atresia.

Duodenal atresia adalah satu keadaan dimana pembentukan saluran makanan yang menghubungkan perut ke usus kecil tidak terbentuk dengan sempurna, menyebabkan laluan tersebut menjadi tersumbat. Oleh kerana itu, bayi tidak dapat menelan air ketuban menyebabkan air ketuban menjadi banyak dalam rahim ibu. Secara normalnya, bayi akan menelan air ketuban dalam kuantiti tertentu dan menyebabkan jumlah air ketuban sentiasa dalam keadaan normal. Namun itu tidak berlaku dalam kes seperti ini.

Komplikasi akibat polyhydramnios (air ketuban yang banyak) tadi adalah seperti, risiko bersalin awal, jadi pemantauan rapi perlu dilakukan.

Selepas lahir pula, bayi akan dipantau dan jika disahkan mengalami Duodenal Atresia, pembedahan perlu dilakukan dalam beberapa hari pertama dilahirkan dan perlu berada dalam NICU untuk jangka masa yang lama.

Kami doakan ibu tersebut tabah dengan dugaan ini.

Poliklinik Az-Zaara
Pusat Penjagaan Antenatal Pilihan Anda
03-42663686/011-52300300





Mak besar tapi anak kecik?


Masa mengandung, badan saya naik banyak doktor, tapi bila scan baby kecik je. Kenapa?
Boleh ke jadi mcm tu? Badan mak masa mengandung naik banyak tapi baby kat dalam perut, kecik je.
Boleh berlaku, dan ianya satu tanda yang berbahaya kepada ibu dan bayi dalam kandungan.
Banyak sebab mengapa bayi dalam kandungan tidak membesar secukupnya dan lebih kecil dari sepatutnya mengikut tempoh kandungan. Contohnya, mengandung dah 30 minggu, tapi baby saiz mcm 26 minggu je.
Salah satu sebab mengapa ini berlaku ialah kerana ibu mengalami darah tinggi semasa mengandung.
Pernah tak masa check up mengandung, doktor suruh kita buat check bp selang sehari. Aduh, lecehnya kan? Tapi tu sebab nak detect ada darah tinggi ke tidak semasa mengandung.
Kenapa darah tinggi semasa mengandung boleh menyebabkan baby jadi kecil?
Ini kerana darah tinggi semasa mengandung terjadi akibat saluran darah pada uri yang tidak normal. Sekiranya tidak dikawal, ini akan menyebabkan aliran darah dari uri kepada bayi akan terganggu dan serapan oksigen dan makanan kepada bayi juga akan terganggu. Ini akan menyebabkan tumbesaran bayi dalam kandungan akan terbantut.
Sebenarnya, baby dalm perut lebih kecil dari sepatutnya adalah satu tanda yang bahaya kepada kedua-dua ibu dan bayi, bukan hanya kepada bayi. Kerana darah tinggi yang tidak dikawal akan menyebabkan ibu mengalami sawan (eclampsia) yang membahayakan nyawa ibu dan bayi.
Bagaimana nak mencegahnya?
Sentiasa buat antenatal checkup dengan baik, ikut nasihat doktor dan sentiasa jaga pemakanan dan kekalkan kenaikan berat badan semasa mengandung yang ideal.
Jika dapat kesan darah tinggi semasa mengandung, jangan stress, ikut nasihat doktor dan makan ubat secara konsistent. Sekiranya ada masalah dengan ubat yang dimakan, segera berjumpa doktor untuk berbincang dan ubat tersebut boleh ditukar kepada ubat lain yang lebih sesuai.
Semoga bermanfaat.
Poliklinik Az-Zaara
Pusat Penjagaan Antenatal Pilihan Anda
03-42663686/011-52300300


Tuesday 4 April 2017

Selamat tak ubat ni?

Kesan ubat kepada ibu mengandung dan anak dalam kandungan.

Ramai ibu mengandung yang sakit yang memerlukan ubat. Namun selamatkah ubat tersebut?

Perlu diketahui ada beberapa jenis ubat yang tidak sesuai untuk ibu mengandung. Ubat dikira tidak sesuai jika ia membahayakan baby didalam kandungan, membahayakan ibu semasa nak bersalin atau kedua-duanya.

Contoh ubat yang tidak sesuai digunakan dan effect ubat tersebut kepada kandungan.

1. Ubat tahan sakit spt Voltaren, synflex dan lain-lain. Ianya amat tidak sesuai digunakan terutama pada peringkat akhir kandungan kerana sangat berisiko menyebabkan masalah jantung berlubang pada bayi yang akan lahir.

2. Ubat cairkan darah seperti warfarin. Boleh menyebabkan keguguran dan kematian bayi dalam kandungan.

3. Aspirin. Digunakan pada peringkat awal kandungan untuk mereka yang mengalami darah tinggi semasa mengandung dan yang mengalami keguguran berulang kali pada dos yang rendah. Namun pada akhir kandungan, aspirin berisiko menyebabkan pendarahan dan jantung baby yang tidak normal.

4. Antibiotic seperti Tetracyclin untuk rawatan acne dan lain-lain, ciprofloxacin dan sulfur group seperti Bactrim unutk rawatan jangkitan salur kencing sangat tidak sesuai sewaktu mengandung. Sangat berisiko menyebabkan birth defect dan kematian bayi dalam kandungan.

5. Ubat tidur dan penenang, juga tidak sesuai untuk ibu mengandung. Berisiko menyebabkan bayi tidak aktif/tidur sewaktu dilahirkan jika digunakan hampir pada waktu bersalin dan jika digunakan awal kandungan berisiko menyebabkan birth defects.

6. Ubat darah tinggi. Dalam banyak-banyak jenis ubat darah tinggi, hanya ada beberapa jenis sahaja yang selamat digunakan semasa mengandung. Jadi pastikan ibu yang mengalami darah tinggi berbincand dengan doktor jika anda bercadang untuk mengandung atau pun mengesyakki anda mengandung.

Ada juga ubat yang tidak dapat dibuktikan selamat atau berbahaya untuk ibu mengandung, namun tetap digunakan kerana kebaikan dari ubat tersebut melebihi risiko yang berkaitan ubat tersebut. Sebagai contoh :

1 Salbutamol (ventolin)- digunakan jika mengalami serangan asma. Jika tidak digunakan kemungkinan membahayakan ibu dan bayi akibat kekurangan oksigen didalam darah. jadi ia digunakan pada waktu diperlukan sahaja dan perlu dipantau.

Antara contoh ubat yang selamat digunakan sewaktu mengandung adalah seperti:

1. Paracetamol (panadol). Paracetamol adalah selamat digunakan sewaktu mengandung. Boleh digunakan untuk demam dan sakit-sakit badan, sakit kepala dan lain-lain.

2. Ubat selsema (antihistamine). Ubat selsema tanpa mengandungi decongestant seperti pseudoephidrine adalah selamat. Ubat seperti piriton, cetrizine dan loratadine adalah termasuk dalam ubat yang boleh digunakan jika perlu. Ubat selsema yang mengandungi decongestant seperti actifed dan clarinase adalah tidak sesuai.

3. Ubat batuk, kebanyakan ubat batuk adalah tidak sesuai untuk ibu mengandung. Rawatan tanpa ubat boleh dilakukan seperti banyakan minum air kosong dan lozenges untuk mengurangkan sensation untuk batuk. Sekiranya batuk berlarutan perlu dapatkan pemeriksaan lengkap dari doktor.

4. Ubat sakit perut. Sekiranya ibu mengalami sakit perut gastrik, ubat antacid seperti MMT atau Gaviscon adalah selamat. Ubat gastrik seperti Ranitidine (zantac) boleh digunakan jika perlu. Namun ubat seperti Nexium dan Losec adalah tidak selamat.

Ada banyak lagi ubat yang selamat untuk ibu mengandung. Jadi jika tidak pasti, jangan mengambil risiko sendiri. Bertanyalah kepada Doktor anda untuk maklumat lanjut.

Semoga bermanfaat.

Poliklinik Az-Zaara
Pusat Penjagaan Antenatal Pilihan Anda
03-42663686/011-52300300

Monday 3 April 2017

Penyakit Kaki Tangan dan Mulut.
Bahaya dan boleh membawa maut jika rawatan awal tidak diberikan.
Symptoms Penyakit Kaki Tangan dan Mulut adalah
1. Demam panas
2. Naik ruam di kaki dan tangan dan ulser di dalam mulut.
3. Kurang selera makan.
4 Biasanya berjangkit dengan sesiapa yang mengalami penyakit yang sama. Sebab itu kuarantin sangat penting.
Apa yang ibu bapa perlu buat.
1. Rawat demam dengan ubat demam, pastikan dos ubat demam yg diberikan cukup dan tepat pada sela masa yg sepatutnya. Jika badan masih panas, pastikan bayi dimandikan dengan air biasa, tidak terlalu panas dan terlalu sejuk. Pastikan bayi minum air/menyusu secukupnya. Badan yang kurang air, suhu badan tidak akan turun.
2. Pastikan bayi masih aktif dan makan/minum seperti biasa atau lebih baik jika lebih dari biasa. Kena pastikan kandungan air dalam badan bayi mencukupi. Masalah kekeringan akan menyebabkan komplikasi yang lebih teruk.
3. Pastikan ruam di tangan dan kaki tidak menjadi jangkitan kuman akibat kesan garu. Jika menjadi nanah, dapatkan nasihat doktor supaya antibiotik yg sesuai dapat diberikan.
4. Pastikan ulser didalam mulut tidak merebak/menjadi teruk. Gunakan oral aid yang sesuai untuk mengurangkan sakit pada ulser tersebut. Ini membolehkan bayi makan dan minum seperti biasa. rasa sakit akibat ulser akan menyebabkan bayi tidak mahu makan dan minum seterusnya menjadi kurang air (dehydration). Ini adalah punca utama kenapa pesakit kaki tangan dan mulut perlu dimasukkan ke hospital.
Jika anda tidak pasti dengan keadaan bayi anda, atau perasan sesuatu yang luar biasa, segera dapatkan nasihat doktor. Ingat rawatan awal akan menyelamatkan bayi anda!

Berapa kenaikan berat badan yang normal semasa mengandung?

Berapa kenaikan berat badan yang normal semasa mengandung?
Trimester pertama - kebanyakan wanita tidak naik terlalu banyak berat badan, Normal bagi ibu mengandung naik lebih kurang 2kg pada trimester pertama, Bagi yang mengalami alahan (morning sickness) yang terus, berat mungkin tidak naik atau ada juga yang turun akibat tidak selera makan.
Trimester kedua - kenaikan diantara 1.4 hingga 1.8kg sebulan adalah normal bagi trimester kedua. Kebiasaannya waktu ini adalah waktu berat naik mendadak kerana morning sickness telah kurang dan selera bertambah.
Trimester ketiga - Pada trimster ketiga juga kenaikan berat badan sepatutnya lebih kurang sama semasa trimester ke-2 iaitu lebih kurang 2kg sebulan. namun akibat kurang bergerak kerana perut semakin membesar, ramai yang berat bertambah lebih banyak dari sepatutnya. Kawal pemakanan dan lakukan juga aktiviti fizikal yang ringan untuk mengekalkan berat badan ditahap yang normal.
Namun ini hanyalah untuk mereka yang mempunyai berat badan yang normal sebelum mengandung. Tidak boleh digunakan untuk mereka yang terlebih/kurang berat sebelum mengandung.
Berat badan yang berlebihan meningkatkan risiko kencing manis semasa mengandung dan risiko berkaitan kepada bayi.
Berat badan kurang pula berisiko menyebabkan baby kecil dan risiko bersalin pra matang.
Jadi, sentiasa kekalkan berat badan ideal sepanjang mengandung
Poliklinik Az-Zaara
Pusat Penjagaan Antenatal Pilihan Anda
03-42663686/011-52300300

Thursday 16 March 2017

Ovarian Cyst, gigi dan rambut dalam cyst?

Saya scan nampak ada cyst di ovari saya. Bahaya tak?

Kawan saya operate ovarian cyst, ada gigi dan rambut dalam cyst tu? Haah? Macam mana boleh jadi macam tu?

Ok, ovarian cyst ni kebanyakannya tidak berbahaya. Ada yang berlaku akibat daripada normal menstrual cycle. Contoh seperti corpus luteal cyst, thecal cyst dan follicular cyst. Cyst jenis seperti ini tidak berbahaya dan kebiasaannya akan hilang sendiri. So tak perlu risau pasal cyst yang seperti ini.

Cyst lain yang terjadi bukan daripada proses yang normal ialah seperti :-
1. Endometriosis cyst atau nama lain ialah chocolate cyst. Terjadi daripada darah yang terhasil akibat endometriosis.
2. Polycystic ovarian cyst
3. Dermoid cyst
4. Ovarian serous cystadenoma
5. Ovarian mucinous cystadenoma
6. Paraovarian cyst
7. Cystic adenofibroma
8. Borderline tumoral cysts

Cyst yang seperti ini, jika membesar akan menyebabkan masalah kerana menghimpit organ-organ lain di sekitar perut dan boleh menyebabkan kesakitan yang amat sangat jika cyst tersebut terpusing (twisted ovarian cyst). Jika ini berlaku, pembedahan segera perlu dilakukan untuk membuang cyst tersebut.

Jadi berbalik kepada cerita ada gigi dan rambut dalam cyst tadi, ia adalah sejenis cyst yang agak jarang berlaku. Ia adalah sejenis Dermoid Cyst. Dermoid cyst adalah sejenis ketumbuhan yang tumbuh dari sel-sel yang berkembang. Jadi ia berpeotensi menjadi organ-organ yang lengkap di dalam cyst tersebut seperti gigi, rambut, mata dan lain-lain. Ya ia pelik tetapi benar.

Jadi perlu dapatkan pemeriksaan berkala dan lakukan imbasan ultrasound untuk memastikan tiada ketumbuhan di cyst.

Poliklinik Az-Zaara
Pusat Ultrasound Diagnostik Pilihan Anda
03-42663686/011-52300300

Mature cystic teratoma of ovary.jpg